Tempahan Snowcheese Cake di Sungai Petani, Kedah

Alhamdullilah

Assalamualaikum
Syukur pada Allah yang mengurniakan rezeki pada kita semua

Bahaha mukadimah feeling cikgu sangat. Culture adaption. 

Anyway, aku memang syukur sangat dengan perkembangan bisnes durian crepe. Ramai yang menyokong alhamdulliah syukur syukur.

Sekarang aku nak open order untuk Snowcheese Cake. Sebenarnya dah lama bukak order. Tapi baru hari ni nak public kan dalam blog. Hehe. So ayuh la orang sungai petani merasa snowcheese cake saya. Setakat ni, aku baru confident nak amik order snowsheese cake aje, cake lain insyAllah.  Dan alhamdullilah, setakat ni semua customer puas hati la, alhamdullilah.  untuk permulaan boleh la kome-kome order yang 200gm dulu, kalau dah berkenan, boleh la order besar sikit untuk special ocassion seperti birthday party, majlis kesyukuran etc.

Senarai harga 

200gm = RM20
1/2 kilo = RM35
1 kilo = RM55

Any decoration = free (mengikut perbincangan)

200gm = RM20


 1/2 kilo = RM35

  1 kilo = RM55





TQ semua! Sebarang pertanyaan boleh terus ke fb saya

Tempahan Durian Crepe di Sungai Petani, Kedah :)

 [ STICKY NOTE ]
Assalamualaikum
Alhamdullilah, syukur pada Allah sebab diberikan peluang kepada aku untuk mula bisnes
DURIAN CREPE kikikiki.

Disebabkan mama paksa aku p kelas untuk belajar buat durian crepe la, aku confident skit nak jual DC.
Hehehehe. Soooo orang SP moh la order DC kat saya.
InsyaAllah. Sedap kikikiki.

Cara contact :






1 box 8 biji = RM 10

Sila pm saya untuk maklumat lanjut tentang tempahan dan delivery.
5 boxes above dapat free delivery sekitar Sungai Petani.

Tq very much~!
Terima kasih atas sokongan anda 
;)))


Cara Untuk Mendapatkan Pahala Yang Berterusan. In Sha Allah.

Assalamualaikum semua.

Hari tu my Abah tetiba pesan dekat aku suruh tulis benda yang baik2 dekat blog.  Bila orang baca kita dapat pahala, orang yang baca pon dapat pahala.  Setakat ni, alhamdullilah la, huhu kalau sharing resepi tu kira dapat pahala la kot sebab berkongsi ilmu dengan orang kan! HEHE.

So, for this entry, aku nak share cara untuk membuat pahala berterusan , In Sha Allah ;)
Tau x macam mana konsep dia? Kiranya kita buat satu benda baik tu sekurang-kurangnya sekali tapi pahala tu in sha Allah berterusan walaupun kita duk tengah tido ka, goyang kaki ka sampai la kita kembali kepada-Nya.



1. Sedekahkan telekung, sejadah, Al-Quran, tasbih atau peralatan solat pada surau dan masjid.  Get my point here? Bila orang datang masjid/surau untuk solat, lpas tu dia pakai apa yang disedekahkan, in sha Allah   pahala itu pada kita.  Orang yang pergi sembahyang memang xkan putus kan.  Macam tu la jugak pahala kita. In sha Allah.

2.  Kalau xmampu bagi telekung etc tu, jangan risau, kita boleh tolong basuhkan telekung yang sedia ada kat masjid/surau tu. Makcik cleaner kat R&R banyak pahala tu. ;)

3.  Kita boleh sedekahkan duit untuk pembinaan masjid/surau/rumah anak yatim etc.  Duit yang diberikan untuk pembinaan tempat yang baik nie banyak pahala sebab sebahagian daripada pembinaan tempat tu ada duit kita ;)

4. Menderma lah pada yang memerlukan. Contoh mangsa banjir, penduduk gaza, dll. Bila kita ikhlas memberi, Allah beri ganjaran pd kita In sha Allah.

5. For door gift, atau apa2 hadiah yang nak diberi pada keramaian mesti yang dapat mendorong mereka kepada benda yang baik dan ke arah keagamaan. Sekarang famous orang bagi surah Yasin, doa harian as a door gift.

6. Menjual barang yang baik. Contoh butik Cala Qisya menjual baju yang mendorong pembeli untuk menutup aurat bila berfesyen.


Actually, there's many things we can do to gain pahala. Cuma atas kita saja. Nak buat atau x. Bukan susah pon nak dapat pahala. Masa muda nie kena start, sebab mati sekarang xkira tua muda dah.
Remember!
Tarikh kematian kita dah semakin hampir...

Resepi Muachi a.k.a Kuih Pulut Cina

Assalamualaikum.
Mai masuk lagi dalam dapur nica ye.
Lately syok nak share recipes. HEHE.
Sebab syok bercuti dan syok memasak.
Oklah. Kali nak mai kita buat muachi.

Muachi ini adalah sejenis kuih yang dihasilkan daripada beras pulut juga. Cara penyediaan muachi ni lebih kurang sama dengan buat kuih buah melaka, cuma muachi xletak isi kat dalam. Muachi ni kita salut dengan kacang. Very da easy punya resepi. Jom mula!

Resepi Muachi
by my friend Penny


Bahan-bahan :

Tepung beras pulut
Air 
Kacang CAP TANGAN (cap lain pon boleh)
Gula (blend bagi halus)


Method :

1. Mulakan dengan membuat bahan untuk menyalut kat muachi.
2. Kupas kacang, amik isi dan blendkan kacang tersebut sampai halus.
3. Blend gula pulak (nak blend gula sekali dengan kacang pon boleh ;)  ) .
4. Campurkan kacang yang dh diblend dengan gula yang dah diblend tadi. Kacau dua-dua sampai sebati. Ketepikan.

* Anggarkan jumlah gula dengan kacang yang kita ada, kalau xpasti lepas kacau gula dengan kacang, cuba rasa, kalau kurang manis, tambah gula. Ikot citarasa masing-masing.

Kacang + Gula

Doh Muachi

Gentel bulat-bulat. Ni bujur skit HEHE

Rebus sampai terapung kat atas

Golek-golek atas serbuk kacang + gula tadi


5. Kemudian, tuangkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk, campur air sedikit demi sedikit sampai jadi doh, jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Kalau lembik tambah tepung lagi, kalu keras tambah air.
6. Ambik doh dan gentelkan ia suoaya jadi bola-bola kecil.
7. Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan bola-bola tersebut dalam periuk, bila dah bola-bola dah timbul, toskan dan terus masuk dalam bahan salutan. Golek-golekkan bagi semua bahagian kena rata. Sedia untuk dihidangkan. Senangkann!

* Anggaran tepung yang digunakan adalah mengikut bahan salutan yang disediakan. Kalau bahan salutan banyak, pakai tepung banyak untuk buat muachi.

Dulu time sekolah, uncle cina selalu jual HEHE. Sekarang dah boleh buat sendiri. 
SELAMAT MENCUBA!!

Resepi Cream Puff

Assalamualaikum semua!
Mai kita masuk dapur sekali lagi mai!
Kali ni cheq nak masak cream puff!
Cheq amik resepi dari kak Hana's Family

This is a special request from my lovely dovey friend, Cik Ziera! HEHE.
Alang-alang dia mintak resepi, saya bagi tulis terus dalam blog.

RESEPI CREAMPUFF/ CREAMPUFF DURIAN


Bahan Puff :

100 gm butter
250 ml / 1 cwn air
150 gm / 1 1/2 cwn tepung gandum (ayak)
3 biji telur gred A
secubit garam

Filling :

2 sb tepung kastard
4 sb gula (kalau suka manis boleh tambah lagi)
1 cwn susu segar
1 biji telur
1 sb butter
1 sb isi durian (utk CP Durian)

Method :

1. Buat filling dulu, untuk disejukkan sebelum masuk dalam puff nanti.
2. Campurkan semua bahan untuk buat filling dalam periuk kecuali butter dan isi durian.
3. Campuran tadi dipanaskan dengan api sehingga pekat, likat dan meletup-letup kecil. Tutup api.
4. Ketepikan untuk disejukkan.

5. Untuk puff, campurkan air, butter, garam dalam periuk kemudian didihkan atas api.
6. Masukkan tepung gandum, kacau laju. Bila dah sebati tutup api cepat-cepat. 
7. Panaskan oven suhu 200 C. Sapu mentega atas dulang, untuk elak cream puff melekat.
8. Guna mixer, pukul doh bersama telur satu persatu sampai sebati.
9. Masukkan dalam piping bag, pipekan doh dalam bentuk pusingan, kalau ada nozel bintang lagi cantik.
10. Bakar selama 20minit sampai keperangan. Kalau xperang, bakar lama sikit tapi jangan sampai hangit. HEHE.

11. Selepas bakar, sejukkan puff sebentar sebelum masukkan filling.
12. Filling boleh dimasukkan dengan 2 cara : a) Lubangkan bahagian tepi puff sikit, then pipe masuk filling
                                                             b) Belah puff kepada dua, letak filling ditengah, cantumkan        
semula puff.

Sebelum


Selepas



Selamat mencuba my dear ziera. HEHEHE