Resepi Cream Puff

Assalamualaikum semua!
Mai kita masuk dapur sekali lagi mai!
Kali ni cheq nak masak cream puff!
Cheq amik resepi dari kak Hana's Family

This is a special request from my lovely dovey friend, Cik Ziera! HEHE.
Alang-alang dia mintak resepi, saya bagi tulis terus dalam blog.

RESEPI CREAMPUFF/ CREAMPUFF DURIAN


Bahan Puff :

100 gm butter
250 ml / 1 cwn air
150 gm / 1 1/2 cwn tepung gandum (ayak)
3 biji telur gred A
secubit garam

Filling :

2 sb tepung kastard
4 sb gula (kalau suka manis boleh tambah lagi)
1 cwn susu segar
1 biji telur
1 sb butter
1 sb isi durian (utk CP Durian)

Method :

1. Buat filling dulu, untuk disejukkan sebelum masuk dalam puff nanti.
2. Campurkan semua bahan untuk buat filling dalam periuk kecuali butter dan isi durian.
3. Campuran tadi dipanaskan dengan api sehingga pekat, likat dan meletup-letup kecil. Tutup api.
4. Ketepikan untuk disejukkan.

5. Untuk puff, campurkan air, butter, garam dalam periuk kemudian didihkan atas api.
6. Masukkan tepung gandum, kacau laju. Bila dah sebati tutup api cepat-cepat. 
7. Panaskan oven suhu 200 C. Sapu mentega atas dulang, untuk elak cream puff melekat.
8. Guna mixer, pukul doh bersama telur satu persatu sampai sebati.
9. Masukkan dalam piping bag, pipekan doh dalam bentuk pusingan, kalau ada nozel bintang lagi cantik.
10. Bakar selama 20minit sampai keperangan. Kalau xperang, bakar lama sikit tapi jangan sampai hangit. HEHE.

11. Selepas bakar, sejukkan puff sebentar sebelum masukkan filling.
12. Filling boleh dimasukkan dengan 2 cara : a) Lubangkan bahagian tepi puff sikit, then pipe masuk filling
                                                             b) Belah puff kepada dua, letak filling ditengah, cantumkan        
semula puff.

Sebelum


Selepas



Selamat mencuba my dear ziera. HEHEHE

0 thinks ....: