Assalamualaikum
Tak jawab tolak pahala.
Hehe.
Terpanggil untuk menulis blog sebab kebosanan yang amat sangat PLUS ada idea kot nak menulis kali ni.
Selepas tamat menjadi guru ganti, haku pon menanam anggur lagi. Tapi kali ni aku jadi rajin sikit. Eceh. Tu pun sebab gaji ado kan, kalau tak terkangkang tido je duduk rumah. HEHE. Bila ada duit sendiri, lagi ghairah (eh!) nak memasak. Nak beli ingredients yang mahal pon xperlu pikir panjang sebab pakai duit sendiri. Kalau duit MAPA, mmg kena fikir banyak le, anak solehah katakan *tuih!*
Again. I tell you. I am not a dessert lover. It is hard to me to handle the sweet stuff. But I love to bake them. Sebab apa kan kawan2, sebab buat dessert ni macam magic. Before we bake it, rupa dia macam lain, after keluaq ja dari oven, it will transform into a cantek creatures. Baking things ni ada drama tersendiri tau, ada saspen, debaran, keghairahan, sedih dan gumbira!! Hehe.
So, I had decided to bake : 1. Hello Kitty Chocolate Cake
2. Pavlova
3. Durian Crepe
Those are my babies picture. Lovely! (puji sendirik!)
I am Blacky Hello Kitty
I am the Pavlove Pavlova. Hik3
I am Digi Bersamamuuu..
So, now I want to share the Pavlova recipe 1st. Yang Hello Kitty Chocolate Cake tu ikut resepi coklat kek yang sama cuma acuan je muka kucing tu. Hik3. Dekat bakery mart ado jual.
1st of all. PLEASE TAKE NOTE! : Pastikan mangkuk, sudu, mixer dalam keadaan yang KERING. Takmo ada lembapan atau kotoran.
Baiklah. Terus kepada resepi.
*Sebelum start membuat adunan, kita mesti sediakan dulang untuk bako dia. Amik dulang lepas tu guna baking paper/A4 paper lapik atas dulang. Ikot pengalaman, pakai A4 paper pon xpa, xmelekat. Ni kes kalau xdak baking paper la. ;)
- Buat satu bulatan untuk memudahkan kita tuang meringue dalam keadaan yang senonoh.
Contoh
Meringue
4 biji telur PUTIH
3/4 cawan gula castor (kalau xda, mesin hancur gula biasa)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1sudu teh cuka makan
1. Mula2, guna hand mixer untuk pukul putih telur. Pukul sampai jadi bubble penuh mangkuk. (seperti gambar kat atas)
2. Lepas dapat bubble2 tu, masukkan gula castor sedikit demi sedikit. Macam buh gula sikit, kacau, buh gula sikit kacau saaaammmppaaii habes gula. Masih menggunakan hand mixer. (DILARANG mengurangkan sukatan gula sebab meringue xboleh stabil dan tak kembang. Kalau manis sangat, sediakan buah-buahan masam yang banyak untuk topping.)
3. Lepas dah habis taruk gula, pukul sampai jadi berkilat, bertanduk dan putih berkilau gituu, tu la meringue. Kalau nak tau jadi ke tak, cuba kaup sikit meringue tu dengan sudu, lepas tu terbalikkan sudu, kalau dia steady ja, tak jatuh, maka menjadi la meringue anda. *clap-clap*
Bertanduk
4. Lepas tu, tutup hand mixer, campak dalam sinki, amik spatula atau sudu ready untuk letak tepung jagung, esen dan cuka. Gaulkan mereka bersama.
5. Then, tuang dalam bulatan yang kita buat tadi. Sebelum bako, panaskan oven dengan suhu 180C selama 15minit. Kalau pakai oven gas macam saya, guna skala 4 hehe. Lepas tu turunkan suhu pada 140c/ skala 1.5. Bakar untuk 1jam atau 1jam 15minit. Kalau saya, bakar 1 jam je.
6. Lepas 1jam/1jam15minit, JANGAN angkat keluar terus dari oven. Bagi dia cool daown dalam oven. Bukak sikit pintu oven untuk sejukkan dia. Macam mana nak tau dia betol2 sejuk, pegang tray dia, kalau tray sejuk, pavlova pon dah sejuk. Dah sejuk keluarkan.
Lepas keluar oven :
* Memang dia kemek sikit tapi bahagian dalam tebal. Rujuk gambar atas nun.
Ok! Ready for topping!
1cawan dairy whipping cream (saya guna Anchor)
1 1/2 sudu besar gula icing
sedikit esen
1. Kacau ketiga-tiga bahan sampai kental.
2. Sapu cream atas meringue tadi.
3. Hias dengan buah-buahan.
* Kebanyakkan orang pakai non-diary whipping cream, tapi sebab saya jumpa yang ni aje maka saya guna ini aja. hehehe.
Maka, tercipta lah Pavlove Pavlova!!
Sangat sedaaapp!! Paling suka ratah crusty dia tu. Nyum2!
Alhamdullilah. 1st try pon dah jadi. Bahan pon seeeennnnaaangg je nak dapat dan simple. Mula-mula nak cuba dulu memang takut, lagi2 nak buat meringue tu, macam banyak kerenah kan?? Tapi belum cuba belum tau, dah cuba baru tau senang gila. Selamat mencuba!!!
Ni dah kali ketiga buat! Tak jeeemuuu. HEHE.
Rujukan : Blogger
Cikepal
Masammanis
1 thinks ....:
clap clap clap...hebat dh skang noo...i gk la still bake choc cake je..tu y mmpu...hahahaha nk rase!
Post a Comment