Assalamualaikum
Masa ni, aku tengah tengok satu suasana.
Depan bilik aku
Yang aku tunggu tapi perit dan akan dirindu.
Segerombolan budak-budak final year kot. Budak lelaki.
Beberapa orang rakan mereka. Dah bersiap-siap nak balik kampung.
Dan habeskan sem ini. Sem terakhir.
Ayah ng ibu dorang dah tunggu dalam kereta.
Susun-susun barang anak mereka dalam kereta.
Satu kumpulan kawan baik dia pun sama-sama tolong dia angkat barang masuk dalam kereta.
Selepas tu datang sekumpulan budak perempuan datang mengucapkan selamat tinggal.
Semua dah siap, kawan mereka sedia untuk bertolak pulang bersama keluarga.
Dan mereka berpelukan sesama sendiri.
Pelukan terakhir kot untuk sem ni.
Moga berjumpa lagi.
Kawan lelaki, ada yang lap-lap air mata.
Ada yang tepuk-tepuk dada sendiri. tahan sebak. Bila lagi kita nak jumpa kawan.
Sedeynya tgk suasana macam ni.
Yes. Memang aku tunggu saat tu. Saat habes belajar kat sini.Tapi perpisahan itu perit.4 tahun kot dengan kawan-kawan kat sini.Dah la kawan jauh-jauh.Ntah kedutan muka yang keberapa la baru leh jumpa balik.
Saat perpisahan tu, baru rasa macam hidup kat U ni macam ajaib gila.Sebab kita penah lalui dan akhirnya akan diakhiri.Kenangan pahit pun leh jadi manis masa ni.
p/s : Hoh aku nangeh kot tgk babak dorang peluk n lap-lap air mata. Gila emo.
Cukup-cukup la tu, esok test, stady pun xhabes g. HAHA
banyak kenangan kat USM ni : nisya