Showing posts with label Bila Aku Dah Emo. Show all posts
Showing posts with label Bila Aku Dah Emo. Show all posts

Apa Nak Mebebel Malam Ni Ye?

Assalamualaikum

Selamat Malam.
Rasa nak buat satu entry malam ni.
Tapi nak bebel pasal apa hah?
Pasaaaall...
Kenapa aku suka pink?  
......................
Bosan la.

Pasaaallll
Benda remeh yang sebenarnya ada banyak pengaruh.
Agak abstrak. Tapi mari kita rungkai.

Benda remeh. Bagi aku benda remeh tu macam memberi pujian, senyum, ucap salam dll. Benda kecik je. Simple. Tapi benda remeh macam ni, dah jadi adat or amalan dalam masyarakat kita. Kalau xbuat xdak masalah cuma sedikit mempengaruhi respon orang lain la. And Hello, mesti la hang terkejut kan bila orang masuk bilik kita, xbagi salam, at least ketuk dulu pliss. Hormat. Tak buat xpe, tapi xmanis la, dan buat orang tu rasa hilang hormat kat hang. 

 gambar zaman bergetah

Bagi aku benda remeh la yang pengaruh perkara besaQ. Aku rasa sangat xmasuk la dengan orang yang tak boleh bagi respon bila kita bercakap. Hello! kalau suara aku slow, cakap la "haa!! Apa! cakap kuat sikit!"
Ok fine. Aku kuatkan sedaya yang bleh. Jangan buat bodoh je. Sebab aku akan simpulkan yang hang xberminat nak dengan cerita aku, sekaligus merundumkan self-esteem aku sebab aku rasa macam " Bosannya cita aku ni" or "Aku bukan penyampai cerita yang best, even hot story pun, orang leh tido dengar aku cita" . Hem lebih kurang macam tu la. Cerewet ke aku ni ha? Hello, hello lagi, gedik!  Bukan aku mintak respon yang melampau, cuma anggukan atau sedikit bunyi "ooohh" atau "aaaaa" dah tunjukkan hang mendengar apa yang aku cita. Sangat menghargai.

Benda remeh apa lagi ye? , emm macam bagi pujian, salah ke puji kawan, ka hang jeles tengok kawan hang dapat lebih. Puji la kalau ada benda yang boleh dipuji, jangan senyap then orang lain yang puji, itu ego namanya. Pujian tu dapat eratkan lagi hubungan tau. Pujian jugak macam satu sokongan untuk kawan kita. Ni asyik nak complain macam-macam pasal dia ja. Lagi down la kawan tu. Go on, puji je, ok fine, ada orang kata pujian buat orang riak. Terserah le pada individu, pandai control, xriak la. Derrr..

Agak panjang la jugak aku nak membebel lagi, yakin jugak aku kalau xramai or xdak yang akan membaca, sebab aku pun macam tu, hehe, xpa la, jadikan entry ni macam diari, esok tua leh baca, oh dahagakan respon dan pujian rupanya aku dulu. HAHA. Tak la, aku cakap contoh benda remeh yang banyak pengaruh je. Ok fullstop here. Nite!

Kurang 10 hari nak masuk sem baru : nisya

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....Saya Nisya...Saya Sedang...

Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.

KAHKAHKAH.
nisya? nisya?
Are u ok?

KAHKAHKAH

Tolong jangan ganggu Khairun Nisha Salihin sekarang.
Kepala Hotak dia tengah biul. 
Melalak di tengah malam, mengeroh di siang hari.
AKU DAH GILA!


ni semua exam punya pasal. Haiyoo exam sian kat aku. : nisya *_*

Perkara Yang Ditunggu, Pekara Yang Akan Dirindu

Assalamualaikum

Masa ni, aku tengah tengok satu suasana.
Depan bilik aku
Yang aku tunggu tapi perit dan akan dirindu.


Segerombolan budak-budak final year kot. Budak lelaki.
Beberapa orang rakan mereka. Dah bersiap-siap nak balik kampung.
Dan habeskan sem ini. Sem terakhir.
Ayah ng ibu dorang dah tunggu dalam kereta.
Susun-susun barang anak mereka dalam kereta.


Satu kumpulan kawan baik dia pun sama-sama tolong dia angkat barang masuk dalam kereta.
Selepas tu datang sekumpulan budak perempuan datang mengucapkan selamat tinggal.
Semua dah siap, kawan mereka sedia untuk bertolak pulang bersama keluarga.
Dan mereka berpelukan sesama sendiri.
Pelukan terakhir kot untuk sem ni.
Moga berjumpa lagi.
Kawan lelaki, ada yang lap-lap air mata.
Ada yang tepuk-tepuk dada sendiri. tahan sebak. Bila lagi kita nak jumpa kawan.
Sedeynya tgk suasana macam ni.

Yes. Memang aku tunggu saat tu. Saat habes belajar kat sini.
Tapi perpisahan itu perit.
4 tahun kot dengan kawan-kawan kat sini.
Dah la kawan jauh-jauh.
Ntah kedutan muka yang keberapa la baru leh jumpa balik.

Saat perpisahan tu, baru rasa macam hidup kat U ni macam ajaib gila.
Sebab kita penah lalui dan akhirnya akan diakhiri.
Kenangan pahit pun leh jadi manis masa ni.

p/s : Hoh aku nangeh kot tgk babak dorang peluk n lap-lap air mata. Gila emo.
Cukup-cukup la tu, esok test, stady pun xhabes g. HAHA

banyak kenangan kat USM ni : nisya

Sangat Terkesan Dalam Hati.


"When u need me but u dont want me, i will stay But if u want me but u dont need me, then i will go."
- Nanny M Phee

Ayat ini ditulis secara besar-besaran sebagai status FB dan shoutout skype.
Kerna mempunyai makna mendalam untuk situasi aku sekarang.
*
*
 
 
Sangat terkesan di dalam hati. Sangat terluka. Ouch!

Hidup ada turun naiknya. Aku di bawah sekarang : nisya

Masa Berlalu Macam Kilat.

Assalamualaikum everyone!
Hari ni hari Ahad
Hari untuk aku pulang berjuang belajar
Hari untuk aku memulakan tanggungjawab yang payah.

Adek-adek dah pulang dahulu.
Sangat sepi ketika nie.
Sebak jugak ada. Sebab dah mula rindukan mereka.
Dah mula homesick walaupun masih kat rumah
Tapi akan berangakat kurang dari 12jam.
Takdir harus diterima dan lalui dengan kuat. Masa akan berlalu. Kenangan tinggal kenangan.
Gambate nisya! Hoyeaah!
Bye adek-adek. much-much sayang kamu. See u after 2 month!

Bye-bye T_T

Bye-Bye lagi T_T + T_T

Hantar angah naik bus dulu. Bye-bye. Hantar alang lepas tu. Bye-bye.


#
#

Lepas ni aku pulak. Bye-bye. Macam nak kena hantar pancung kepala daa..punya perit.

PGT 202E eeeeeeiiiiii T_T : nisya

Persediaan Sebelum Hati Menjadi Parah Masuk U.

Betapa lemahnya aku nih.
Dah tahun 3.
Belajar kat U.
Dah berapa kali berjauhan dengan famili.
Walaupun rumah xberapa nak jauh.
Tapi tetap nak sedey jugak.

Jadi.
Sebelum sedey bertambah parah. Bila dah masuk hostel balik. Bila kena bangun Subuh tanpa suara mama mengejutkan lagi. Bila bangun tido tengok sebelah, xdak lagi adek yang suka tido mati sampai kaki naik kepala aku. HUHU. Nisya manja. Yes. Memang. Betul-betul xnak kembali ke rutin U. Bosan. Bosan. 

Oleh itu.
Aku ambil langkah-langkah ini untuk ubat sikit hati yang lara.

1. Sebelum masuk U, aku download video musik, lagu-lagu yang boleh tenangkan aku dalam kuantiti yang banyak. Contoh lagu, When I Need U, U're My Everything dan sehaluan dengannya.

2. Next, aku akan ambil banyak-banyak gambar scenery yang cantik-cantik, yang boleh buat aku rasa aman dan termenung jauh. Sebab suka berfantasi berada disitu sebentar.

3. Aku akan elakkan, meletakkan gambar famili sebagai wallpaper laptop aku dalam masa 'baru sampai U'. Itu akan menambah kelaraan yang dah lara ni. Tunggu dalam 2 minggu ka, baru boleh.

4. Wallpaper scenery, katun-katun boleh wat aku hepy sat.

5. Download atau ambil dari adek movies best-best. Boleh tengok bila sunyi.

6. Dah nak dekat balik U, aku akan ingat semua kenangan dengan kawan, atau masa belajar kat U yang boleh buat aku seronok balik nak balik sana.

.SEKIAN.

Sekarang mood masih xstabil. Bisa nanges bila-bila masa sahaja. Manja.

Ikhlaskan aku Ya Allah : nisya

Kamu mau jadi macam alien x?

Haiyooo.
 *
*
Pelik sungguh manusia sekarang. Kenapa ya benda yang hodoh dirasakan cantik. Mungkin selalu berperasaan over dan sudah bosan dengan sikap simple dan cool.  Atau sudah buntu dengan semua fesyen dalam bumi sampai nak tiru rupa bentuk makhluk di planet lain (mungkin wujud). 


HAHA. gambar perempuan itu kredit kat kak diey dan kembar sebelah dia kredit kat google.
Sama x Sama takkkk?? kepala bonjol belakang macam bonggol unta.
cantek tak diorang ni?? HUH
sangat over. xsuka la orang bertudung nak over gini. rilex2 dah la. xdak bonjol tu pun anda cantek.
lagi over bila yang berambut pendek yang xdapat buat sanggul setinggi langit membeli sanggul palsu untuk nampak seperti alien tersebut. Ya Allah. Apakah hukumnya itu!!! memakai benda palsu untuk kecantikkan.
Over laaaaaaaaaaaa!!!! Simple saja sudah la, tampak manis dan rilex. Cool sekali. 
Alien ko mencetus fesyen terkini. Terima kasih.

Oh ya, rujuk blog kak diey untuk membaca hadis berkenaan sanggul ni. Aku bukan wanita warak alim ulamak ye. Cuma. Cuma. aku xsuka orang over gini. 

alien Vs predator : nisya

Jangan Cuba Nak Buat Manja Dengan Aku. Aku Fobia.

Jangan.
Dan Jangan sesekali buat manja dengan aku.
Aku tak mampu.
Walaupun hakikatnya aku memang suka hang manja-manja dengan aku.
Dan kadang-kadang aku rasa nak sangat peluk hang.
Tapi aku tahankan ego perasaan. Sebab aku tak mau berharap.

Oh BIBI.
Jangan cuba nak baik dengan aku. Aku memang cepat bagi kasih sayang. Cepat sayang. Bila aku dah sayang aku xkan dapat terima hakikat kalau ada apa-apa jadi kat hang, even hang kena lenyek dengan tayar keta abah, hang kena hayun dengan tuan hang sendiri (adik aku), hang kena langgar sampai kopak kaki dan hang suka panjat pagar jiran sebelah pastu xreti turun, bila turun patah kaki lak, aku menangis. Aku xboleh ah. Aku kesian, muka hang bodoh ng selamba ja bila semua mala petaka ni menimpa hang, xsakit ka weih? ka xdak perasaan. Camna kalau hang xcident pastu mati. Apa reaksi aku? Sedeynya BIBI. So buat la jahat dengan aku, gigit aku, cakar aku, berak dan kecing kat aku. Aku terima. Biar aku benci hang daripada aku sayang hang.

BIBI dengan ADEK


BIBI

Aku still teringat dan sayang kucing pertama yang aku bela 11 tahun dulu. COMEL. kecil dan manja. Sangat manja. Aku sayang dia. Sampai satu hari aku nampak sendiri mayat dia berdarah-darah lepas xcident. Sakitnya hati masa tu. Aku dah fobia. Aku xnak sayang binatang memana lagi. Tapi BIBI, hang mai buat apa? Adek punya pasal la ni. Hish. Emo.

saya bukan pengemar kucing : nisya

Disebalik sebaris nama "Nisha"...

Good morning fella.
Dipagi yang dingin ni tetiba aku dapat idea nak tulis entry ni yang bertajuk seperti diatas. Apa pencetus dan pemangkin aku nak tulis disebalik nama 'Nisha' yang dipetik dr nama aku sendiri, "KHAIRUN NISHA"..... 

Kebelakangan ini aku perasaan yang aku makin ramai kenalan dari bangsa India yang nak add aku kat Skype dgn FB. Aku xtau kenapa tapi yang aku pasti aku memang xbanyak kawan India yang aku kenal.  Ada kawan India tu sampai dah xkenal aku langsung (gosssiipp ko nyahh) sebab masa aku add dia kat FB boleh lak dia msg aku (pakai FB jugak tapi hantar ke inbox) macam ni.......

"Hey there fren......
I am sorry for not approving ur fren request but just so u noe.........
I do not add people who i do not noe......
If i noe u bt cnt recognise u thru ur primary foto, i am really sorie......
So just drop me a msg to refresh my memory about u.....
Till then.......
Take care.......
Tata..... =)"

Maka aku pun reply dengan yakinnya..            
" saya nisya lorh....hehhehehe i****** (nama   sekolah aku) student..  "  

Pastu dia xreply sampai sekarang, lama dah kot aku reply msg ni, xtau la kalo ada masalah xsampai ke msg aku nie. Abaikan. Nampak sangat dia xkenal aku. HAHA. Eh xpe2 kan banyak bangsa India nak add aku dlm FB. HAHA. tapi ntah sesapa la, memang aku xkenal. Aku tau la sapa kawan India aku sbb kuantiti mereka dalam kamus hidupku memang minor.MINOR. aiyoyoyoyo...

Back to the basic! Back to the title!

cannot see? click on da pittca
Ok ni list kaum India yang TER-jadi kawan aku dalam skype, means secara xsengaja aku TER-approve dia jadi kwn aku. Ada banyak lagi yang nak add aku tapi aku TER-baca (hehe dak aih, aku MEMANG baca) entry nada yang ini , so aku pun TER-buang depa dari hidup aku terus. Rimas. Dlm FB jugak begitu, bukti? malas la nak tnjuk. I xsuka show off tau ualllzz. HAHA.

So. Apa kena mengena ng nama hang nisha??

Oh ya. Tidak kah anda pernah mmendengar nama artis India ke Tamil ntah yang bernama NISHA jugak. Bukan. Bukan. Mereka pasti xkan add aku sebab aku ni mungkin berkemungkinan besaQ artis itu, nampak sangat perbezaan itu. Kami bukan kembar. Nama je serupa.HAHA. Oleh itu, apa yang aku nak fokuskan kat sini is NISHA sebenarnya, sebetulnya adalah kepunyaan bangsa India. Nakkkhaiiiihhh...awat hang yang sepet leh dapat nama India ni! Memang 1 Malaysia wohoho. Bangga PM. No la. Ekceli, mama ng abah xperasaan semua tu maksudnya xperasan apa di sebalik nama aku tu, asalnya diorang nak taruk nama Khairun Nisa atau Khairun Nisak tapi maybe sebab terlalu excited mendapat anak sulung yang comey last-last p tambah 'H' dkat dalam NISA so jadi lah NISHA. HEHE. Xpe lah dimaafkan, alahai lepas ni ramai lak yang ejek aku Nisha kadawalee, aci Nisha, hye Nisha tambiii...dan lain2..besa la bila dah buka aib di dada. Aikkk? HAHA.

Dah la xmau cita banyak2. Ni je la. Kang duk cita banyak, banyak lak ayat tamil aku keluaQ dengan NISHA, NISHA, NISHA, pastu bila orang tamil nak search Nisha Kapoor (ada ka?)kat Google. Blog ni lak jadi sasaran. Tak Mau...Fobia, Trauma, Rimas lagi-lagi ada tamil sorang ni tegur aku kat FB," hi salihin " huh memang aku panas, pa bongap sgt haa. Display name FB aku Nisya Salihin. Panggil Nisya xleh? GILA.

hi, nama saya nisya..awak??  : nisya

I'm sory Madam Tan, I've dissapoint u...

LSP 300.
paper BI.
BI.
Bahasa Inggeris.
Bahasa Asing.

Aku.
Xsuka BI !!!

Yes. Yes. Yes. Aku benci bahasa asing ini sebab aku memang xboleh nak score sejak dari tadika sampai tua bangka macam ni pon still mengeluh. mengeluh. mengeluh bila buat exam BI. I don't know why (eceh)HAHA.
Oh ya. Madam Tan seperti tajuk diatas is my LSP 300 teacher. Dan aku dilantik sebagai monitor kelas dia awal sem hari tu. Mmg rasa bangga.  Tapi lepas ambik exam LSP 300 tadi, aku rasa macam dah kecewa kan dia. Madam mmg teacher yang bagus, dia akan berusaha sampai student dia dapat. Hem. sory teacher. mmg saya xbagus dalam BI. mungkin sejak azali. Hope lulus la nanti. Tapi tadi mmg the worst la. Keciwa ='( 

Oh ya. Habis exam Bi yang macam azab nie, means aku ada lagi 2 paper SAHAJA lagi. weehuu. Rumah wait for me. I can speaking now Bebeh just like sucker suck their tongue (tengok kamus ni nak eja 'tongue'). .Suck.

Maju la Bahasa untuk : nisya

Sayang Pun Ada Batasnya..


awak sayang saya??
saya sayang awak..awak pulak??

mestilah..saya pun sayang awak jugak... dan kita akan sayang-menyayangi sampai bebila..

tapiii.....

*sigh*

macam mana anda tunjukkan rasa sayang pada seseorang? i mean sayang kawan ataupun orang tersayang. mesti melalui ucapan ataupun perbuatan. ataupun wat bodoii..sampai ada tarikh dan hari istimewa baru anda show off anda nye sayang. begitu? ke macam mana...aduii...perlu ke sampai hari-hari nak post kat fb atau msg awak sayang dia.dan kita akan kawan/kapel sampai bebila....dan apabila kedua-dua pihak membuat tindakan sebegitu...ia dikira bermanfaat dan rasional.. tapi..jika anda hanya seronok sendiri..malah kasih sayang dan sayang awak kat seseorang tu xdihargai dan beliau merasakan semua yang anda buat atas dasar sayang kepada beliau itu adalah sesuatu yang menganggu dan xberfaedah dalam hidup dia. mmg aku rase teruk sekarang.ok. ok. mmg emo. huhu...
*
*
*
sayang pun ada batasnya....nisya len kali ko jangan over tunjuk sayang kat orang. orang xhargai pon. buat susah jer. haha. padan muka kau. malu la beb. dah g nyorok bwh selimut sekarang sebab dia bukan sayang ko macam ko sayang dia. hehe padanmukanisya. aku sayang orang yang sayang aku. kopaham? HAHAHAHA.


haha : nisya