Showing posts with label Ini Benda Abstrak. Show all posts
Showing posts with label Ini Benda Abstrak. Show all posts

Cara Untuk Mendapatkan Pahala Yang Berterusan. In Sha Allah.

Assalamualaikum semua.

Hari tu my Abah tetiba pesan dekat aku suruh tulis benda yang baik2 dekat blog.  Bila orang baca kita dapat pahala, orang yang baca pon dapat pahala.  Setakat ni, alhamdullilah la, huhu kalau sharing resepi tu kira dapat pahala la kot sebab berkongsi ilmu dengan orang kan! HEHE.

So, for this entry, aku nak share cara untuk membuat pahala berterusan , In Sha Allah ;)
Tau x macam mana konsep dia? Kiranya kita buat satu benda baik tu sekurang-kurangnya sekali tapi pahala tu in sha Allah berterusan walaupun kita duk tengah tido ka, goyang kaki ka sampai la kita kembali kepada-Nya.



1. Sedekahkan telekung, sejadah, Al-Quran, tasbih atau peralatan solat pada surau dan masjid.  Get my point here? Bila orang datang masjid/surau untuk solat, lpas tu dia pakai apa yang disedekahkan, in sha Allah   pahala itu pada kita.  Orang yang pergi sembahyang memang xkan putus kan.  Macam tu la jugak pahala kita. In sha Allah.

2.  Kalau xmampu bagi telekung etc tu, jangan risau, kita boleh tolong basuhkan telekung yang sedia ada kat masjid/surau tu. Makcik cleaner kat R&R banyak pahala tu. ;)

3.  Kita boleh sedekahkan duit untuk pembinaan masjid/surau/rumah anak yatim etc.  Duit yang diberikan untuk pembinaan tempat yang baik nie banyak pahala sebab sebahagian daripada pembinaan tempat tu ada duit kita ;)

4. Menderma lah pada yang memerlukan. Contoh mangsa banjir, penduduk gaza, dll. Bila kita ikhlas memberi, Allah beri ganjaran pd kita In sha Allah.

5. For door gift, atau apa2 hadiah yang nak diberi pada keramaian mesti yang dapat mendorong mereka kepada benda yang baik dan ke arah keagamaan. Sekarang famous orang bagi surah Yasin, doa harian as a door gift.

6. Menjual barang yang baik. Contoh butik Cala Qisya menjual baju yang mendorong pembeli untuk menutup aurat bila berfesyen.


Actually, there's many things we can do to gain pahala. Cuma atas kita saja. Nak buat atau x. Bukan susah pon nak dapat pahala. Masa muda nie kena start, sebab mati sekarang xkira tua muda dah.
Remember!
Tarikh kematian kita dah semakin hampir...

Apa Plan Lepas Konvo?

Assalamualaikum.
Kum.
Kum.
(Bergema blog, lama xberpenghuni)

Malas mau cerita kenapa xupdate lama. Just straight to the point.

Last Saturday is the best day ever so far.
Kira my BIG day jugak la.
That is

My Convocation Day

Overall, semuanya berjalan lancar walaupun hp rosak, charger bateri kamera xjumpa tapi at last Allah bagi aku hari yang sangat indah. Indah sangat bersama family, friends and love.

Forever Love

The 6 chicks forever

Sayang sangat sama ini budak 

 My sweet friend from Sarawak, Haninah!

 My crazy, sweet and sour friends! Love!

 Course-mate tercinta

 Dia dari Sabah bahhh..

 
My sayang siblings!


Pakcik Madno

I share this pictures as I want to share my happiness with you all. Itu hari bahagia aku. Alhamdullilah, syukur sangat berjaya bertahan untuk 4 tahun bagi mendapatkan title GRADUASI. Cabaran memang banyak tapi datang seiring dengan kemanisan memori bersama kawan-kawan.  Perkara ini xakan berulang. Harus pkir masa hadapan pulok.

Lepas habis belajar ni, merata-rata dapat wedding invitation dari kawan-kawan. Gembira dan sedih. Gembira untuk berkongsi saat bahagia dengan kawan, tapi dalam masa yang sama sedih sebab terpikir, saat bahagia aku bila la nak mai kan. Sepupu haku yang umur 21 tahun pon dah nak kawen hujung tahun ni. Mungkin jodoh dan rezeki dia mai dulu. 

Takpa La.

So! Apa plan lepas konvo? Kahwin? Hem tersasar la, parents xsedia lagi, anak dia yang terlebih sedia.. HEMMMM HEMMM... (mengeluh panjang) takpa la, ikut cakap parents ada la tu keberkatan tang mana-mana. SABAR. Jadi buat masa sekarang, kerja cari duit (walaupun dah 4 bulan kerja, gaji xmasuk2..tuih2!) then ikut kata parents suruh sambung belajar. InsyaAllah, ada rezeki plan itu berjalan? Kahwin??? tggu parents ready nak lepas...... Aku?? tak tau la. Ikut ja la. 

Faham tak?
Takpa la.
Yang penting, hatiku mengeluh.
HEEEEMMMMM.

Salam!


Buah Hati Seterusnya.

Assalamualaikum

Tajuk entry kelihatan macam aku bajet banyak buah hati la konon.
NO BEBEH.
Buah hati bukan setakat orang yang pandai berfikir dan berbicara
TAPI!

Benda/Haiwan pun boleh jadi buah hati kita
KERANA!
Benda/Haiwan pun ada sense or karisma sendiri yang buat kita terseenyyuumm kegilaan keseorangan.
Sungguh release the tension.

Sapa noo buah hati nisya tu??
Intai.intai.
Daaadddaaaaa!!!
Nama dia POPI. Sebab apa POPI. Sebab dia pink! Ok xdak kaitan abaikan.
POPI saannggaat buat aku relax. Dia xbergerak, xbercakap, gelak apatah lagi. 
Tapi sense tu dia tu..sungguh damai. Ok stop.

Banyak lagi buah hati aku, tapi POPI is the latest one. Esok2 nak bela ikan pulak.

Ok bye.

Lapar popia : nisya

Pink Shirt and A Box Of Chocolate

Assalamualaikum




Thank you dear~~

Love : nisya

Apa Nak Mebebel Malam Ni Ye?

Assalamualaikum

Selamat Malam.
Rasa nak buat satu entry malam ni.
Tapi nak bebel pasal apa hah?
Pasaaaall...
Kenapa aku suka pink?  
......................
Bosan la.

Pasaaallll
Benda remeh yang sebenarnya ada banyak pengaruh.
Agak abstrak. Tapi mari kita rungkai.

Benda remeh. Bagi aku benda remeh tu macam memberi pujian, senyum, ucap salam dll. Benda kecik je. Simple. Tapi benda remeh macam ni, dah jadi adat or amalan dalam masyarakat kita. Kalau xbuat xdak masalah cuma sedikit mempengaruhi respon orang lain la. And Hello, mesti la hang terkejut kan bila orang masuk bilik kita, xbagi salam, at least ketuk dulu pliss. Hormat. Tak buat xpe, tapi xmanis la, dan buat orang tu rasa hilang hormat kat hang. 

 gambar zaman bergetah

Bagi aku benda remeh la yang pengaruh perkara besaQ. Aku rasa sangat xmasuk la dengan orang yang tak boleh bagi respon bila kita bercakap. Hello! kalau suara aku slow, cakap la "haa!! Apa! cakap kuat sikit!"
Ok fine. Aku kuatkan sedaya yang bleh. Jangan buat bodoh je. Sebab aku akan simpulkan yang hang xberminat nak dengan cerita aku, sekaligus merundumkan self-esteem aku sebab aku rasa macam " Bosannya cita aku ni" or "Aku bukan penyampai cerita yang best, even hot story pun, orang leh tido dengar aku cita" . Hem lebih kurang macam tu la. Cerewet ke aku ni ha? Hello, hello lagi, gedik!  Bukan aku mintak respon yang melampau, cuma anggukan atau sedikit bunyi "ooohh" atau "aaaaa" dah tunjukkan hang mendengar apa yang aku cita. Sangat menghargai.

Benda remeh apa lagi ye? , emm macam bagi pujian, salah ke puji kawan, ka hang jeles tengok kawan hang dapat lebih. Puji la kalau ada benda yang boleh dipuji, jangan senyap then orang lain yang puji, itu ego namanya. Pujian tu dapat eratkan lagi hubungan tau. Pujian jugak macam satu sokongan untuk kawan kita. Ni asyik nak complain macam-macam pasal dia ja. Lagi down la kawan tu. Go on, puji je, ok fine, ada orang kata pujian buat orang riak. Terserah le pada individu, pandai control, xriak la. Derrr..

Agak panjang la jugak aku nak membebel lagi, yakin jugak aku kalau xramai or xdak yang akan membaca, sebab aku pun macam tu, hehe, xpa la, jadikan entry ni macam diari, esok tua leh baca, oh dahagakan respon dan pujian rupanya aku dulu. HAHA. Tak la, aku cakap contoh benda remeh yang banyak pengaruh je. Ok fullstop here. Nite!

Kurang 10 hari nak masuk sem baru : nisya

Saya Nak Cerita Pasal Makanan Jugak!

Haha.
Minah sibuk dan xdak keja.
Memang begini. Org cerita dia pon nak cerita.
Pasal Makanan.
Sebab i am an eater monster! Grrr.

Makanan ini tidak begitu meliurkan anda mungkin
TAPI!
Ia menghairahkan saya setiap hari (nisya makin lucah makin hari)

Saya bukan apa kawan-kawan. Rumah ni betol2 macam syurga, pagi tengah hari, petang, malam, tengah malam mesti ada makanan punya, xberenti-renti mampatkan perot aku. Jadi sebelum aku balik tempat atas bukit yang ada bangunan tinggi2 pastu ada tempat nak makan tapi mahal gila sebab sosej yang harga lima kupang sebiji tu dia kira 3biji RM 3. Pheewww. Marah betol aku. Dah la pakai KALKULATORI untuk mengira harga makanan! dah tu camni lagi, dah kalau dia dalam kategori org pintar cerdiks. kan? HUH. tinggalkan yg itu. Kembali ke syurga.......AKU!

Tang..tang..tang..taaaddaaaaa....
Dimulakan dgn makanan yg sederhana tetapi mewah dgn rasanya.
Ubi Kayu cicah Gula + Air Teh Tarik Mama Terbaik Punyee!

Next!
Kita ke Thailand. Tipu ja. Ke restoran Thai kat CS ja. Er ni Bihun Tomyam kot.

Third one!
Kita terbang ke USA lak.(tipu lagi). RFC (Radix FC) kat Lagenda Heights je. Yummie!



Masih di USA ke kwn2.Mcm biasa. Sapa caya memang hebat. Ini kat RASAMAS Sunway Carnival.


Terbangg lagi!
Ke Mexico! Yibaaa! Spaghetti Traditional Homemade. Atau dalam erti kata yg lebih sedap Nisyamade! HAHA

Mexico lagi! Kali ini dekat RADIX PIZZA HOUSE. Lagenda Heights lagi.

Oh masih men-yibba-yibababa. Ini di Pizza Hut! Queensbay. Mr lava campur Sisters seafood. Memang UMPH! 

Ok! Tak nak Mexico lagi. Nak g Japan pulok. Carlifornia Roll (Sushi gak kot) kat Tesco USM. HAHA.

OK. Balik Malaysia. Kita makan Kek pulok!

Err. Kurang clear tapi rase dia memang  tak kurang manis. SEDAP. kek besday i la u =p

Kek besday I jugok! Mama n abah bagi! Sedap gilok!

Ini besday student khas aku punye. Merah sangat auww.

*
*
Err. Yang ni bantal cake. Tak boleh dimakan. Peluk OK. Kawan munye.

Ok. Sekian. Destinasi bajet anda hari ini.
Tamaat~~
Apa? Huwaaaaaaaaaa...
Ada orang kata aku tiru Hamis Jalikha.
Tak patot. Aku nak cerita jugak! 

Aku x kethah! : nisya

Disebalik sebaris nama "Nisha"...

Good morning fella.
Dipagi yang dingin ni tetiba aku dapat idea nak tulis entry ni yang bertajuk seperti diatas. Apa pencetus dan pemangkin aku nak tulis disebalik nama 'Nisha' yang dipetik dr nama aku sendiri, "KHAIRUN NISHA"..... 

Kebelakangan ini aku perasaan yang aku makin ramai kenalan dari bangsa India yang nak add aku kat Skype dgn FB. Aku xtau kenapa tapi yang aku pasti aku memang xbanyak kawan India yang aku kenal.  Ada kawan India tu sampai dah xkenal aku langsung (gosssiipp ko nyahh) sebab masa aku add dia kat FB boleh lak dia msg aku (pakai FB jugak tapi hantar ke inbox) macam ni.......

"Hey there fren......
I am sorry for not approving ur fren request but just so u noe.........
I do not add people who i do not noe......
If i noe u bt cnt recognise u thru ur primary foto, i am really sorie......
So just drop me a msg to refresh my memory about u.....
Till then.......
Take care.......
Tata..... =)"

Maka aku pun reply dengan yakinnya..            
" saya nisya lorh....hehhehehe i****** (nama   sekolah aku) student..  "  

Pastu dia xreply sampai sekarang, lama dah kot aku reply msg ni, xtau la kalo ada masalah xsampai ke msg aku nie. Abaikan. Nampak sangat dia xkenal aku. HAHA. Eh xpe2 kan banyak bangsa India nak add aku dlm FB. HAHA. tapi ntah sesapa la, memang aku xkenal. Aku tau la sapa kawan India aku sbb kuantiti mereka dalam kamus hidupku memang minor.MINOR. aiyoyoyoyo...

Back to the basic! Back to the title!

cannot see? click on da pittca
Ok ni list kaum India yang TER-jadi kawan aku dalam skype, means secara xsengaja aku TER-approve dia jadi kwn aku. Ada banyak lagi yang nak add aku tapi aku TER-baca (hehe dak aih, aku MEMANG baca) entry nada yang ini , so aku pun TER-buang depa dari hidup aku terus. Rimas. Dlm FB jugak begitu, bukti? malas la nak tnjuk. I xsuka show off tau ualllzz. HAHA.

So. Apa kena mengena ng nama hang nisha??

Oh ya. Tidak kah anda pernah mmendengar nama artis India ke Tamil ntah yang bernama NISHA jugak. Bukan. Bukan. Mereka pasti xkan add aku sebab aku ni mungkin berkemungkinan besaQ artis itu, nampak sangat perbezaan itu. Kami bukan kembar. Nama je serupa.HAHA. Oleh itu, apa yang aku nak fokuskan kat sini is NISHA sebenarnya, sebetulnya adalah kepunyaan bangsa India. Nakkkhaiiiihhh...awat hang yang sepet leh dapat nama India ni! Memang 1 Malaysia wohoho. Bangga PM. No la. Ekceli, mama ng abah xperasaan semua tu maksudnya xperasan apa di sebalik nama aku tu, asalnya diorang nak taruk nama Khairun Nisa atau Khairun Nisak tapi maybe sebab terlalu excited mendapat anak sulung yang comey last-last p tambah 'H' dkat dalam NISA so jadi lah NISHA. HEHE. Xpe lah dimaafkan, alahai lepas ni ramai lak yang ejek aku Nisha kadawalee, aci Nisha, hye Nisha tambiii...dan lain2..besa la bila dah buka aib di dada. Aikkk? HAHA.

Dah la xmau cita banyak2. Ni je la. Kang duk cita banyak, banyak lak ayat tamil aku keluaQ dengan NISHA, NISHA, NISHA, pastu bila orang tamil nak search Nisha Kapoor (ada ka?)kat Google. Blog ni lak jadi sasaran. Tak Mau...Fobia, Trauma, Rimas lagi-lagi ada tamil sorang ni tegur aku kat FB," hi salihin " huh memang aku panas, pa bongap sgt haa. Display name FB aku Nisya Salihin. Panggil Nisya xleh? GILA.

hi, nama saya nisya..awak??  : nisya

Abah, Along Tak Tipu la.....Mimpi je Tu..

Malam yang indah.
Biasa lah semua manusia akan lena diulit mimpi.
Bagi manusia yang suka berjaga. Tau lak aku.
Seperti mereka aku jugak enak dibuai mimpi di malam yang indah semalam.
Mimpi. Hanya mainan tidur.
Tapi bila dalam mimpi, mmg rasa macam real  habes.

Aku kerap bermimpi, tapi mimpi kali ni mmg agak meninggalkan kesan. Sebab mimpi kali ni ada kombinasi antara perasaan yang sangaaatttt indah dengan yang sannnngggaaattt ngeri.

Ia bermula begini. sebelum tu aku nk pesan la kan, mimpi mmg selalu xlogik, kejap2 dah tukar tempat. so normal la kan.

Begini. Pada suatu hari yang cerah, aku bersama seorang sahabat (aku xpasti sapa) berjalan menaiki tangga menara Maxis, bukan menara pencawang tapi menara tu seolah macam pejabat dia.  Tangga itu terletak outdoor la, kira kalo panjat tangga sampai tingkat 7 boleh gayat pandang bawah. Setiap kali panjat tangga itu kami akan dihidangi dengan pelbagai pemandangan yang cantik.  

Sampai di tingkat atas menara, aku tiba-tiba masuk ke satu ruang yang sannnnggggaaat cantik. Seyes cantik, penuh dengan lukisan-lukisan yang mmg marvellous, latar belakang dia pakai cat putih yang mmg mewah punya, english style, dalam ruangan tu ada macam-macam orang yang mmg nampak kaya.. ada orang yang pakai mask, macam dinner masquerade gitu, cantik sangat tempat tu, tapi ruang tu sikit je, 

Pastu, aku pergi kat laman yang lain..laman tu cantik jugak, kawasan outdoor, aku duduk bertenggek atas batu yang besar, sambil nyanyi lagu 'My Destiny'. Berhadapan dengan aku ada satu bangunan tinggi, peliknya atas bangunan tinggi tu ada banyak batu yang sangat besar, mmg besar. Lepas seronok2 aku nyanyi tu, tetiba batu-batu tu mula tunjukkan tanda2 nak jatuh dari bangunan tu, aku pun cepat bukak langkah seribu dan masuk balik ke menara Maxis tu, batu tadi tu berduyun-duyun bergolek ke arah menara maxis tu,  mmg scary..aku cepat-cepat lari, semua orang kat situ pun lari, 
*
*
tetiba
*
*
aku nampak kawan aku sorang ni, kak long sedang bertenggek di tepi tingkap menara dengan muka yang mencuka, aku tanya dia wat apa. Dia kata dia tau ada batu nak golek mai, dia tunggu aku nak lari sesama, dia takut aku xmai dan dia meredhakan diri disitu, terus aku grab tangan dia dan lari sesama, sekuat hati kami lari, Ya Allah, mmg takut sangat masa tu, batu besar kat mana-mana ja masa tu, melantun sana sini, gelek orang tu, gelek orang ni, ngeri. Pastu kak long tanya, dah call ayah ke? aku cakap xpon, dia kata call la, dia dah call ayah dia, sedeynya tyme tu macam dah mmg xjumpa lagi, Aku pun cal abah.

tut..tut...
tut..tut..
Abah angkat.
Terus aku cakap, abah..along dah xselamat dah ni, batu besar banyak duk kejar kami, mmg xdak tempat perlindungan. Abah senyap ja. Aku pun senyap. Tak mampu nak kata apa.

abah kata "along tipu ea.." suara abah dah sebak sikit. Aku senyap mmg xboleh bercakap langsung. xboleh.
dah rasa hitam dunia. Yang boleh dengar just abah kata lagi "along tipu ea..."

Lepastu aku terus jaga dari tidur.
Ambik nafas yang saaannnngggggaaatttt panjang. ::LEGA::
Mengucap aku banyak kali.
Ya Allah. 

Tapi aku tetap suka bermimpi : nisya