Showing posts with label Segmen Aku Cakap Jujur. Show all posts
Showing posts with label Segmen Aku Cakap Jujur. Show all posts

Susah Kalau Popular Sangat Ni

Assalamualaikum

Kawan-kawan penah tengok dia ni x?

She is Maria Elena


Atau dia ni

Tak tau nama, saya malas nak investigate. Tapi dia fofuiler gila kat FB. Sampai ada yg request nak jadi awek. HAHA.

Mesti penah nye tengok kan depa ni sebab Fb dah jadi macam mami jarum dah. Kalau ada stok baik, mesti ramai yang nak canang merata-rata.  Kalau ikutkan dalam Fb depa-depa ni memang famous la, kalau tgk profile Fb depa, habes depa privatekan wall, friends, photo lagi la. Tinggal info ja.  Sebab ramai yang dah kenal dan mahu la sedikit privacy untuk profile sendiri. Tapi tak semua la yang macam ni.  Video depa memang lawak, xleh nafi lah kan.  Lawak tersendiri. Depa nya famous dalam FB ni sampai ada orang suggest kembangkan bakat dalam Raja Lawak la, jadi pengacara la, pelakon, penyanyi dan macam-macam lagi yang buat satu dunia kenal depa.

For me.

Tak payah la. Cukup setakat terkenal dalam media massa yang tak terlalu exposed macam dalam Fb tu ok la, but not TV.  Yang kira kalau kita tanya tokwan kita, kenal dak Siti Nurhaliza, mesti dia kata kenal sebab selalu tengok TV. Haa kalau tanya kenal dak depa-depa di atas ni, tokwan mesti jawab, xkenal sebab xmain ternet.  Gitu la.

Sebab bagi aku.

Terlalu famous buat kita lagi jauh dari orang yang mula-mula hargai bakat kita.  Jauh daripada orang yang mula-mula canang cerita baik pasal kita. Kalau dah famous mesti bz, mesti dah xdapat nk bersosial sangat dalam laman sosial. Aku yang student biasa ni pun, kalau bz dengan assignment, mesti tersisihnye blog ni dari rutin harian.  Oleh itu,cukup la menjadi anda sekarang.  Saya rasa very close dengan anda dan Maria Elena TQ ajar saya maksud reduntant. Saya suka mereka-mereka ini. Really make my day.  Buat la video lagi.  Hilang stress saya tengok kamu-kamu ni. Heee. Terima kasih kerana menggunakan bakat anda untuk membuatkan orang lain gembira.


Aku Cakap Jujur...#3


" Ketidakupayaan seseorang adalah kelemahannya" - nisya salihin

Ketidakupayaan kat sini bukan maksud kekurangan dari segi mental or fizikal yang orang gelar OKU tu, tapi lebih kepada seseorang itu tak upaya nak buat, bukan xmampu ye, cuma xupaya.

Contoh :

Aku xsuka makan sosej, tapi satu hari tinggal lauk sosej je kat kantin, masa tu lak aku tengah lapa gila, memang xdak pilihan, sama ada aku makan jugak sosej tu atau aku mati dengan air liur kelaparan keluar banyak-banyak.
Jadi aku paksa diri makan jugak sosej itu. See?? Bukan xmampu tapi xupaya nak break the rules, "Aku benci sosej" itu. Oleh itu ketidakupayaan itu kelemahan seseorang. Nampak sangat yang kelemahan itu boleh diatasi sebenarnya. Terpulang pada kita ja. Tak payah harapkan cara mengatasi kelemahan yang sempurna, cukup sekadar kita mencuba dan berani.  Contoh, aku cuba jugak nak makan sosej walaupun aku makan separuh sosej ja sebab lapa memang xdapat tahan dah. Biar cuba daripada tak cuba langsung.

Aku memang banyak ketidakupayaan. Masuk U ni, satu-satu kelemahan aku sedar kat diri aku. HAISH..

Aku xbenci sosej la : nisya

Aku Cakap Jujur...#2

Ya kembali lagi kita.
Satu siang hari ke kelas.
Masuk campus. Kesana kemari.
Tetiba dapat idea untuk isi segmen ni lagi.
(Ish, macam menyampah pulak kadang2)

TAPI.
semua ni realiti hidup.
Baca dan selamat berfikir!

"Cara untuk kita bersyukur dan menghargai apa yang ada pada diri kita adalah dengan melihat sekeliling. Perhati keadaan dan situasi orang lain. Bandingkan dengan diri sendiri. Kita akan sedar." - nisya salihin

Buat list kesyukuran anda : nisya

Aku Cakap Jujur...

Segmen baru
dalam blogspot nisyasepet
Aku Cakap Jujur.
Macam xbesh jer tajuk dia. Tapi biar la.

Kenapa nak wat segmen-segmen ni??

Saja.
Kalau selalu orang suka berfalsafah pastu kat hujung kata-kata falsafah tu diorang tulis nama diorang. Aku pun nak jugak. Dan isu baru yang aku dapat untuk segmen ni adalah.

Situasi berada di hostel, berjauhan dengan keluarga dan berdekatan dengan kawan-kawan


" Perasaan moody boleh hilang, hanya dengan melihat sahabatmu tersenyum padamu,
tanpa mereka rasa terganggu dengan air mukamu yang penuh emosi, mereka terus tersenyum sehingga kamu sendiri pun akan tersenyum bersama" - nisya salihin
 Untuk segmen pertama ini, mungkin banyak kesalahan tatabahasa, ayat xsedap dan sebagainya
tapi 
aku cakap jujur ayat-ayat ni. Realiti hidup aku dan aku laluinya.

Bye2~

Jumpa di segmen seterusnya : nisya