Showing posts with label Islam Itu Indah~. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah~. Show all posts

Cara Untuk Mendapatkan Pahala Yang Berterusan. In Sha Allah.

Assalamualaikum semua.

Hari tu my Abah tetiba pesan dekat aku suruh tulis benda yang baik2 dekat blog.  Bila orang baca kita dapat pahala, orang yang baca pon dapat pahala.  Setakat ni, alhamdullilah la, huhu kalau sharing resepi tu kira dapat pahala la kot sebab berkongsi ilmu dengan orang kan! HEHE.

So, for this entry, aku nak share cara untuk membuat pahala berterusan , In Sha Allah ;)
Tau x macam mana konsep dia? Kiranya kita buat satu benda baik tu sekurang-kurangnya sekali tapi pahala tu in sha Allah berterusan walaupun kita duk tengah tido ka, goyang kaki ka sampai la kita kembali kepada-Nya.



1. Sedekahkan telekung, sejadah, Al-Quran, tasbih atau peralatan solat pada surau dan masjid.  Get my point here? Bila orang datang masjid/surau untuk solat, lpas tu dia pakai apa yang disedekahkan, in sha Allah   pahala itu pada kita.  Orang yang pergi sembahyang memang xkan putus kan.  Macam tu la jugak pahala kita. In sha Allah.

2.  Kalau xmampu bagi telekung etc tu, jangan risau, kita boleh tolong basuhkan telekung yang sedia ada kat masjid/surau tu. Makcik cleaner kat R&R banyak pahala tu. ;)

3.  Kita boleh sedekahkan duit untuk pembinaan masjid/surau/rumah anak yatim etc.  Duit yang diberikan untuk pembinaan tempat yang baik nie banyak pahala sebab sebahagian daripada pembinaan tempat tu ada duit kita ;)

4. Menderma lah pada yang memerlukan. Contoh mangsa banjir, penduduk gaza, dll. Bila kita ikhlas memberi, Allah beri ganjaran pd kita In sha Allah.

5. For door gift, atau apa2 hadiah yang nak diberi pada keramaian mesti yang dapat mendorong mereka kepada benda yang baik dan ke arah keagamaan. Sekarang famous orang bagi surah Yasin, doa harian as a door gift.

6. Menjual barang yang baik. Contoh butik Cala Qisya menjual baju yang mendorong pembeli untuk menutup aurat bila berfesyen.


Actually, there's many things we can do to gain pahala. Cuma atas kita saja. Nak buat atau x. Bukan susah pon nak dapat pahala. Masa muda nie kena start, sebab mati sekarang xkira tua muda dah.
Remember!
Tarikh kematian kita dah semakin hampir...

Imam Muda Asyraf

Assalamualaikum.
Eceh. Permulaan entry dengan salam ini bukan atas pengaruh tajuk entry di atas ye.
Salam ini bermakna permulaan kepada sesuatu yang baik. Dapat pahala kalau kita berdoa untuk kesejahteraan orang lain. Aminn.. Lepas ini setiap entry kena bermula dengan kalimah mulia ini. =)

Hari ni hari Jumaat.
Hari yang mulia.
Penghulu segala hari.

Oisshhh berubah terus nisya ye. Nape skema sangat nih?!
Sebab siang tadi hamba jumpa Asyraf 26 tahun finalis Imam Muda Astro Oasis.
HEHE.

Hamba teruja. Hamba rasa sangat sejuk melihat mukanya. Jangan salah paham. Hamba xlayak untuk orang sebaiknya. Hamba cuma ter-excited sedikit. Kagum dengan beliau. Pada usia agak muda itu, beliau berjaya menjadi kebanggaan umat Islam Melayu. Sejuk perot ibu dia mengandung =). Hamba nak anak hamba jugak begitu kelak. Mukanya sangat bersih. Tuturnya sangat manis. Matanya langsung xlihat hamba dan adek perempuan hamba. Zina mata. HAHA. Hamba malu jugak kerana hamba kurang menutup aurat. (sedau pun engkau). Udah ku bilang, ku ngak layak dengannya. Bertuahnya sapa yang tercipta dari tulang rusuk kirinya. =)

Masa ni, Asyraf sedang shooting. Malu-malu nak ambik gmbr dia tyme ni. Tu dia yang pakai jubah putih tengah duduk tu.

Aku paksa abah p amik gambar jugak. Walaupun xdapat ambik muka dia. Susuk badan pun jadi.

Last-last, cameraman dia perasaan ktorg anak beranak terhegeh-hegeh kat tepian beliau nak bergambar tapi malu. Lalu mengajak kami bergambar bersama beliau secara proper.

Lihat perut beliau sama dengan perut abah. Mentua borek, bakal menantu rintik. HAHA. Gurau.

Jumpa di Masjid USM. Beliau bagi tazkirah. Sejuk hati.
Assalamualaikum Asyraf. =)
Hamba xlayak untuk beliau.

Weih!Weih!Weih! Madnoq nak letak mana. Always in my heart. Eceh. 
Madnoq peserta Imam Muda next year. HAHA. Tipu 

Imam Muda Asyraf finalis Imam Muda tahun ni : nisya

Tips Mengatasi Sikap Panas Baran

Tercetusnya nak tulis entry ini
adalah kerana
SAYA SEORANG YANG PANAS BARAN
tapi secara diam dan memendam.

Faham tak macam mana? Err. Macam aku cepat naik angin contohnya macam orang duk tanya banyak kali dengan nada yang senada atau bertungkus-lumus membuat cream puff pastu dia jadik macam taik. Aku akan naik berang. Mungkin kat rumah aku boleh lepaskan amarah aku pada periuk, almari atau baju-baju. jarang melepaskan amarah pada orang kecuali adik aku. Sebab dia adalah faktor besar aku jadi kerap memanaskan baran.

WORST?
Memang. Kebanyakkan kawan-kawan aku kata 'nisya ni softie, jiwa lembut, penyabar, jiwa tenang...aman ja' Anda salah teeeetttt! Kerana saya bukan begitu sebenarnya. Namun saya berusaha untuk mengatasi sikap tersebut untuk kebaikkan semua orang. Allah marah manusia yang suka marah dan bermusuh. marah tu kan amalan dan kesukaan syaitan. Hem. Aku xnak kawan dengan syaitans.

JADI!
Here the tips! Sedikit sebanyak la yang aku pakai untuk calm down myself. Buruk muka aku dan buruk padahnya kalau 'si jiwa tenang' ni mengamuk.  Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Awas!

1. Dalam Islam, memang melarang sangat2 kita melayan perasaan marah, sebab marah tersebut boleh membawa banyak keburukan kepada diri sendiri.  Allah murka.  Oleh itu, telah diturunkan ayat-ayat suci untuk kita muhasabah balik diri kita.  Aku biasanya akan sebut 'Astragfirullahhalazim' 3 kali atau banyak kali sampai tenang. Sambil tarik nafas dalam-dalam. Ingat Allah. Ingat Allah. Itu ayat paling pendek dan pantas untuk redakan kemarahan.
2. Ayat suci Al-Quran yang sedikit panjang yang boleh diamalkan adalah, Ayat Kursi, sedia maklum ayat Kursi ini mampu untuk menjauhkan kita daripada gangguan syaitan. Marah itu syaitan (again). Kemudian bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Ikhlas. InsyaAllah hati akan kembali tenang. =) 
3. Jika kita rasa nak marah sangat-sangat dengan seseorang seperti boyfriend atau rakan atau adek-beradek. Bersabarlah. Pejam mata kemudian pikirkan perkara baik dan jasa yang mereka (orang yang kamu marah) buat untuk kamu. Lupakan perkara negatif tentang mereka.  Sekurang-kurangnya mereka pernah melakukan sesuatu yang baik untuk kita. Ini tips kawan aku.
4. Jika kamu rasa teranaiya dan mahu membalas dendam. Ingatlah kita xdak hak nak hukum manusia sesama manusia. Itu adalah kehendak Allah. Perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikkan, begitu jugak sebaliknya. Biar orang nak kata kamu tu pengecut atau orang bodoh, orang buat jahat, kita diam. Biarkan. Orang yang cakap macam tu sebenarnya orang xcukup ilmu dan berganda-ganda lagi bodoh. Hidup kat dunia sementara ja, nak marah sampai bila.
5. Selalu pikirkan perkara yang boleh membuatkan kamu termotivasi untuk tenang semula.  Contohnya seperti mengingat muka ibubapa, kenangan indah dengan keluarga atau pengalaman tidur terapung atas air sungai. Perkara yang mendamaikan la.
6. Mesti selalu ingat.  Mungkin hari ini orang ni buat jahat, mana tau kemudian hari kita lak yang buat.  Jangan berlagak baik dan pandai. Err. Faham x? Contoh macam orang tu janji nak keluar makan dengan kita, kita ni punya lapar, pastu call dia xjawab pulak. Memang marah. Tau-tau pulak dia bagitau kata dia tertidur dan meminta maaf. Rilex. Jangan marah sangat. Tegur dia xpa.   Takut esok-esok, hari kita xbaik, pastu perkara yang sama jadi kat kita, kan malu sendiri tu, ko kena double triple maki-an dan amarah adalah. Pandai nasihat orang, diri sendiri pun sama.
7. Oh! Lagi satu, kalau rasa marah sampai mengigil-gigil, pastu masa tu tengah ada kat bilik dan hari dah malam, xboleh nak keluar g memana lepaskan stress. Kamu boleh masuk bilik air dan ambil wuduk, kat singki dapur pun boleh. Wuduk itu baguss.  
8. Ada lagi...aku penah baca satu artikel ni, dia kata kalau xtahan sangat terhadap seseorang, boleh lepaskan tapi dalam hati, maki la apa pun terhadap orang tersebut diatas perbuatannya yang menyakitkan hati kita. Tapi!. DALAM HATI. ok. Kalau diluar hati pastu melalui mulut dan disampaikan  kepada orang lain, itu dikira mengumpat. Hem. yang ni kadang-kadang aku boleh itu, kadang2 idak. Hee.
9. Oh! Kamu juga boleh sediakan satu buku atau ruangan blog untuk luahan perasaan. Luahkan pada benda-benda ini untuk elakkan sikap suka mengumpat.
10. Dan terakhir (saja nak bagi cukup 10) ,  buatlah hobi yang anda suka seperti menjirus tanaman atau merayau-rayau dari bilik ke bilik. Apa sahaja.
~TAMAT~

Jangan begini ya. Muka burok serupa setan.

Jadi seperti ini, senyum, walaupun terlindung dan berfikiran jauh.

__ Ingat ye, hidup ni sekali je, kalau nak jadi panas baran seumur hidup, rasa macam tak berbaloi pulak, kenapa nak cipta kenangan pahit kat dunia, cari lah sesuatu yang boleh buat anda tengok dunia dengan lebih luas.  Banyak lagi benda yang kita tak tahu dalam dunia ni.  Pergi terokai daripada ko marah orang pastu moody tak tentu hala. Kalau macam tu je sokmo, boleh aku katakan hidup kau tu memang BOSAN! Marah orang 24 jam, apa kau dapat. 

Pesanan untuk diri sendiri jugak : nisya 

Kamu mau jadi macam alien x?

Haiyooo.
 *
*
Pelik sungguh manusia sekarang. Kenapa ya benda yang hodoh dirasakan cantik. Mungkin selalu berperasaan over dan sudah bosan dengan sikap simple dan cool.  Atau sudah buntu dengan semua fesyen dalam bumi sampai nak tiru rupa bentuk makhluk di planet lain (mungkin wujud). 


HAHA. gambar perempuan itu kredit kat kak diey dan kembar sebelah dia kredit kat google.
Sama x Sama takkkk?? kepala bonjol belakang macam bonggol unta.
cantek tak diorang ni?? HUH
sangat over. xsuka la orang bertudung nak over gini. rilex2 dah la. xdak bonjol tu pun anda cantek.
lagi over bila yang berambut pendek yang xdapat buat sanggul setinggi langit membeli sanggul palsu untuk nampak seperti alien tersebut. Ya Allah. Apakah hukumnya itu!!! memakai benda palsu untuk kecantikkan.
Over laaaaaaaaaaaa!!!! Simple saja sudah la, tampak manis dan rilex. Cool sekali. 
Alien ko mencetus fesyen terkini. Terima kasih.

Oh ya, rujuk blog kak diey untuk membaca hadis berkenaan sanggul ni. Aku bukan wanita warak alim ulamak ye. Cuma. Cuma. aku xsuka orang over gini. 

alien Vs predator : nisya

Assalamualaikum Muslimin & Muslimat ! =)

Saya sangat-sangat galakkan anda semua ke websites ini

http://www.halal.gov.my/maklumat_persijilan.php


Gunakan Tanpa Was-Was

salam sayang : nisya