Showing posts with label Pesanan Untuk Khairun Nisha Salihin. Show all posts
Showing posts with label Pesanan Untuk Khairun Nisha Salihin. Show all posts

Sudah Disini.Terus Berjuang.Walau Air Mata Tumpah.

Assalamualaikum.

Saya dah selamat sampai di USM semalam
Sampai2 je dah pikir asgment yang berlambak itu.
Tapi banyak pikir je. Buat pasti tidak lagi.
Penderitaan untuk mula menaip asgment adalah sangat payah.
Tak tau kenapa.

Tapi kena jugak lalui. Walau macam mana pun.
Sebab kena dan wajib lalui jugak. dan xada jalan pintas.
Jadi kena buat  yang terbaik juga.
Kalau x diri sendiri jugak rugi.

Setakat ini sahaja motivasi untuk diri sendiri.
Sekian. 

 Selamat Berjuang! Gambate!

Moga masa berlalu seperti kilat juga. Nak balik cuti sem pulak : nisya

Tips Buat Assigments Last Minute.

Assalamualaikum.

Malam ni nak share sikit tips.
Sila rujuk tajuk entry. Tajuk entry mungkin berunsur sedikit negatif sbb ada perkataan 'last minute'
which is NOT GOOD.
tapi realitinya, last minute itu aku, aku itu last minute. Done.

Kebelakangan ni, asgment aku makin beratur la, habis satu, satu lagi mari. memang xmau mengalah betol.
Otak dah makin tensen, migrain dah makin besar, kepala pun dah bulat. Apakah??
Oleh itu, aku memerlukan 'somethin' untuk back to the lane dan fokus semula untuk habeskan jugak asgment.

So. 
On your mark.
Get set.
GO!!

1. Firstly, aku benci kepanasan siang yang buat otak ku makin mau meletop. Jadi aku prefer wat asgment malam, dikala sejuk dingin, sunyi dan suma orang tido. Memang kena stay up. Tyme tu lah idea mencurah2 dalam otak. Jadi siang tido, malam bangun ye burung2 hantu sekalian.

2. Walaupun, saya ini orang last minute ye tuan-tuan, tapi bahan-bahan untuk asgment harus di google awl (dicari dlm erti kata lain) kerna, ia penting untuk anda tidak mengalami simptom mati katak semasa di saat akhir mengerjakan ia. Dijamin berlaku, jika tidak dituruti.

3. Sudah kata suka situasi malam sunyi dingin sejuk, pasti di sebelah saya ada minuman panas yg menyegarkan lagi berkhasiat. Saya suka VICO!!. Ia membantu menenangkan anda. Rilex and focus.

Boleh gambarkan x setakat ini!
ok. sambung.

4. Tetapkan masa untuk rehat sat. Manusia itu kita weih, bukan robotcop. Rehat sat. Lepas 30 minit struggle,
ilek lu, bukak FB lu, blog ka, movie pendek ka, dgr lagu ka, p basuh kain ka. dan banyak lagi. Selalunya aku lepas 5 minit dah rehat dah, rehat tu macam tido sejenak la buat aku. HAHA.

5. Selalunya kalau dah terlalu tertekan, aku suka ber msg- msg an dengan orang yang aku selesa untuk memotivasikan aku,such as the parents, the boyfriend and the friends.

6. Tidak pun. Pegi buat asgment dengan kawan2 lain. Yang ni aku jarang buat sikit. Sebab lebih selesa di bilik sendiri. Duk bilik orang terlalu selesa sampai nak tido sokmo. Tengok situasi jugak.

7. Sampingan, beli la jaja, makanan ringan dua plastik, untuk kudapan di malam hari, pasti xtensen. Bila tertekan dan ketandusan idea, nguyah selaju mungkin, mesti idea muncul.

itu je kot.
Yang penting, cool, rilex dan focus.
Jangan kelam-kabut, takut hasilnya lagi teruk dari yang di jangka.
Dah kata suka wat keja last minute, so kena amik risiko la. Jangan banyak membebel.


Perangai ini memang xleh ubah, keras : nisya

Persediaan Sebelum Hati Menjadi Parah Masuk U.

Betapa lemahnya aku nih.
Dah tahun 3.
Belajar kat U.
Dah berapa kali berjauhan dengan famili.
Walaupun rumah xberapa nak jauh.
Tapi tetap nak sedey jugak.

Jadi.
Sebelum sedey bertambah parah. Bila dah masuk hostel balik. Bila kena bangun Subuh tanpa suara mama mengejutkan lagi. Bila bangun tido tengok sebelah, xdak lagi adek yang suka tido mati sampai kaki naik kepala aku. HUHU. Nisya manja. Yes. Memang. Betul-betul xnak kembali ke rutin U. Bosan. Bosan. 

Oleh itu.
Aku ambil langkah-langkah ini untuk ubat sikit hati yang lara.

1. Sebelum masuk U, aku download video musik, lagu-lagu yang boleh tenangkan aku dalam kuantiti yang banyak. Contoh lagu, When I Need U, U're My Everything dan sehaluan dengannya.

2. Next, aku akan ambil banyak-banyak gambar scenery yang cantik-cantik, yang boleh buat aku rasa aman dan termenung jauh. Sebab suka berfantasi berada disitu sebentar.

3. Aku akan elakkan, meletakkan gambar famili sebagai wallpaper laptop aku dalam masa 'baru sampai U'. Itu akan menambah kelaraan yang dah lara ni. Tunggu dalam 2 minggu ka, baru boleh.

4. Wallpaper scenery, katun-katun boleh wat aku hepy sat.

5. Download atau ambil dari adek movies best-best. Boleh tengok bila sunyi.

6. Dah nak dekat balik U, aku akan ingat semua kenangan dengan kawan, atau masa belajar kat U yang boleh buat aku seronok balik nak balik sana.

.SEKIAN.

Sekarang mood masih xstabil. Bisa nanges bila-bila masa sahaja. Manja.

Ikhlaskan aku Ya Allah : nisya

Tips Mengatasi Sikap Panas Baran

Tercetusnya nak tulis entry ini
adalah kerana
SAYA SEORANG YANG PANAS BARAN
tapi secara diam dan memendam.

Faham tak macam mana? Err. Macam aku cepat naik angin contohnya macam orang duk tanya banyak kali dengan nada yang senada atau bertungkus-lumus membuat cream puff pastu dia jadik macam taik. Aku akan naik berang. Mungkin kat rumah aku boleh lepaskan amarah aku pada periuk, almari atau baju-baju. jarang melepaskan amarah pada orang kecuali adik aku. Sebab dia adalah faktor besar aku jadi kerap memanaskan baran.

WORST?
Memang. Kebanyakkan kawan-kawan aku kata 'nisya ni softie, jiwa lembut, penyabar, jiwa tenang...aman ja' Anda salah teeeetttt! Kerana saya bukan begitu sebenarnya. Namun saya berusaha untuk mengatasi sikap tersebut untuk kebaikkan semua orang. Allah marah manusia yang suka marah dan bermusuh. marah tu kan amalan dan kesukaan syaitan. Hem. Aku xnak kawan dengan syaitans.

JADI!
Here the tips! Sedikit sebanyak la yang aku pakai untuk calm down myself. Buruk muka aku dan buruk padahnya kalau 'si jiwa tenang' ni mengamuk.  Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Awas!

1. Dalam Islam, memang melarang sangat2 kita melayan perasaan marah, sebab marah tersebut boleh membawa banyak keburukan kepada diri sendiri.  Allah murka.  Oleh itu, telah diturunkan ayat-ayat suci untuk kita muhasabah balik diri kita.  Aku biasanya akan sebut 'Astragfirullahhalazim' 3 kali atau banyak kali sampai tenang. Sambil tarik nafas dalam-dalam. Ingat Allah. Ingat Allah. Itu ayat paling pendek dan pantas untuk redakan kemarahan.
2. Ayat suci Al-Quran yang sedikit panjang yang boleh diamalkan adalah, Ayat Kursi, sedia maklum ayat Kursi ini mampu untuk menjauhkan kita daripada gangguan syaitan. Marah itu syaitan (again). Kemudian bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Ikhlas. InsyaAllah hati akan kembali tenang. =) 
3. Jika kita rasa nak marah sangat-sangat dengan seseorang seperti boyfriend atau rakan atau adek-beradek. Bersabarlah. Pejam mata kemudian pikirkan perkara baik dan jasa yang mereka (orang yang kamu marah) buat untuk kamu. Lupakan perkara negatif tentang mereka.  Sekurang-kurangnya mereka pernah melakukan sesuatu yang baik untuk kita. Ini tips kawan aku.
4. Jika kamu rasa teranaiya dan mahu membalas dendam. Ingatlah kita xdak hak nak hukum manusia sesama manusia. Itu adalah kehendak Allah. Perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikkan, begitu jugak sebaliknya. Biar orang nak kata kamu tu pengecut atau orang bodoh, orang buat jahat, kita diam. Biarkan. Orang yang cakap macam tu sebenarnya orang xcukup ilmu dan berganda-ganda lagi bodoh. Hidup kat dunia sementara ja, nak marah sampai bila.
5. Selalu pikirkan perkara yang boleh membuatkan kamu termotivasi untuk tenang semula.  Contohnya seperti mengingat muka ibubapa, kenangan indah dengan keluarga atau pengalaman tidur terapung atas air sungai. Perkara yang mendamaikan la.
6. Mesti selalu ingat.  Mungkin hari ini orang ni buat jahat, mana tau kemudian hari kita lak yang buat.  Jangan berlagak baik dan pandai. Err. Faham x? Contoh macam orang tu janji nak keluar makan dengan kita, kita ni punya lapar, pastu call dia xjawab pulak. Memang marah. Tau-tau pulak dia bagitau kata dia tertidur dan meminta maaf. Rilex. Jangan marah sangat. Tegur dia xpa.   Takut esok-esok, hari kita xbaik, pastu perkara yang sama jadi kat kita, kan malu sendiri tu, ko kena double triple maki-an dan amarah adalah. Pandai nasihat orang, diri sendiri pun sama.
7. Oh! Lagi satu, kalau rasa marah sampai mengigil-gigil, pastu masa tu tengah ada kat bilik dan hari dah malam, xboleh nak keluar g memana lepaskan stress. Kamu boleh masuk bilik air dan ambil wuduk, kat singki dapur pun boleh. Wuduk itu baguss.  
8. Ada lagi...aku penah baca satu artikel ni, dia kata kalau xtahan sangat terhadap seseorang, boleh lepaskan tapi dalam hati, maki la apa pun terhadap orang tersebut diatas perbuatannya yang menyakitkan hati kita. Tapi!. DALAM HATI. ok. Kalau diluar hati pastu melalui mulut dan disampaikan  kepada orang lain, itu dikira mengumpat. Hem. yang ni kadang-kadang aku boleh itu, kadang2 idak. Hee.
9. Oh! Kamu juga boleh sediakan satu buku atau ruangan blog untuk luahan perasaan. Luahkan pada benda-benda ini untuk elakkan sikap suka mengumpat.
10. Dan terakhir (saja nak bagi cukup 10) ,  buatlah hobi yang anda suka seperti menjirus tanaman atau merayau-rayau dari bilik ke bilik. Apa sahaja.
~TAMAT~

Jangan begini ya. Muka burok serupa setan.

Jadi seperti ini, senyum, walaupun terlindung dan berfikiran jauh.

__ Ingat ye, hidup ni sekali je, kalau nak jadi panas baran seumur hidup, rasa macam tak berbaloi pulak, kenapa nak cipta kenangan pahit kat dunia, cari lah sesuatu yang boleh buat anda tengok dunia dengan lebih luas.  Banyak lagi benda yang kita tak tahu dalam dunia ni.  Pergi terokai daripada ko marah orang pastu moody tak tentu hala. Kalau macam tu je sokmo, boleh aku katakan hidup kau tu memang BOSAN! Marah orang 24 jam, apa kau dapat. 

Pesanan untuk diri sendiri jugak : nisya 

Saya rasa saya patut dibinasakan sekarang!

Tertekan
Kecewa
Gelisah
Menangis

Hina. Hina. Hina. Ya Allah betul2 aku stress sekarang. Betol2  rase sorang2 sekarang, betol2 rasa macam xdak tulang belakang sekarang.

Otak asyik berfikir-berfikir-berfikir pasal sendiri punya perangai.
Separuh gila sebab buat orang lain pun naik gila dengan aku.

Streeeeeeeeeeessnyyyaaaaaaaaaaa!!!!! : nisya

Bagaimana Keadaan Nisya Masa Stady & Exam Week

:: stady terlalu awal leh wat sya lupa cepat, 1 minggu sebelum bru leh seyes stady
:: exam dh dekat, sy xsuka stady lagi, mmg xboleh masuk sbb sangat nervous.
:: kdg boleh stady dengan muzik kadang tidak.
:: mesti ada air panas kat sebelah. Vico selalunya. kalau x, air mati pun jadi.
:: makanan ringan perlu ada disebelah juga.
:: saya xboleh start stady satu hari sebelum paper tersebut. (semua org pon begitu)
:: lokasi paling saya suka bertenggek utk stady is my bilik. semua kemudahan ada.
:: sangat xboleh stady kalo dirumah. rumah is heaven. duk kat heaven xyah ssh2 stady.
:: xboleh 4 jam straight stady sahaja.boleh gila. caya ckp aku.
:: suka buat nota ringkas kalo smpat.kalau xmmg xingat apa. sbb subjek aku bnyak yg kena
membaca. kan nada hanisss?? =)
:: saya akan seyes stady di atas meja stady, di atas katil saya stady rilex2.
:: saya xboleh stady dalam satu posisi dan satu tempat shj, lenguh tulang belakang.macam 15
minit atas katil, 15 minit kat meja, 15 minit lagi atas lantai. roomate sy tau keadaa itu =)
:: selalunya saya akan bukak laptop dl, men ternet sat. baru stady. lepas stady gitu jugak. bukak
ternet sat sebelum tido.

ini merupakan perkara yang biasa aku buat untuk week2 yg bosan seperti ini
tapi.
kelakuan aku xfit setiap sem. setiap sem mesti lain2 nye perangai kalo mai stady and exam week. namun masih ada satu benda yang sama kala mai minggu ni. IA SANGAT MEMBOSANKAN tahap nk cekik diri sendiri punya. seyes. bosan. cepat la abis. rasa macam xmo stady lagi dan terus ambil exam dengan muka megah dan macho sekali. sebab tau akan teruknye result. tapi kalo ngadu menda ni kat Syafiqah Sarif mesti dia kata

"PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERTEMPUR" (muka Hang Tuah berkata)
aku bersemangat semula =).
Rumah!! tunggu aku OK!? aku nk g berperang T_T stress

Wish Me Luck!

Good Luck
Khairun Nisha bt. Salihin!

21 April 2010 - Pengajaran Mikro
22 April 2010 - Masalah Pembelajaran
23 April 2010 - Masalah Pendengaran
24 April 2010 - Bahasa Inggeris 300
29 April 2010 - Kemahiran Vokasional
30 April 2010 - Ekonomi dan Ruang

nervous gilak : nisya

Saya Harapkan Perubahan



wahai diriku yang bernama
KHAIRUN NISHA BT. SALIHIN

Jadilah kau manusia berguna sepertimana....grrrr...macam apa daa.. hoo pesanan untuk diri sendiri sempana bulan peperiksaan yang semakin mengepit otakku. stress walaupun xstart stady lagi. tarikh amik paper rapat-rapat kot. stady satu pa pon xmula g.

so diri sendiri.

berubahlah insan. ang nk jadi apa lagi. asyik tidoq makan ja. pastu borim skit tgk laptop sampai rabun dah sekarang. huhu. stady la..sian kat mama ng abah. penat carik duit kat ang tapi ang p wat pa? p joli. p makan bnyak2 kunon2 nak lepas tekanan. wake up Khairun. pointer jatuh kot sem lepas. kalo secara xprofessionalnya dulu, ang nak salahkan St John sebab wat ang bz, xpa, leh terima gak. sem ni?? nak salahkan apa. ang xsibuk ng papa pun. dah2 toksah duk carik alasan! p stady la ni jugak. nak menyesal ka? aku xmau dengaq ang dok mengadu itu ini masa abeh amik paper. salah sendiri toksah duk hingaq! banggunnn. p stady la ni. la ni aku katttttaaaaaa!!!

untuk nisya oleh : nisya