Harapan Untuk Kebaikkan.

Assalamualaikum.

Ini dah minggu ke-tiga sem ke-lima aku.
Sem ni mungkin aku rasa lebih lenggang
tanpa terikat dengan St. John sangat.

Bila lenggang.
Mula rasa bosan.
Nak balik rumah selalu pun..
Macam banyak benda nak pikir.

Jadi aku nak aktifkan diri untuk sem ni.
Setakat ni aku dah join.

Senior St John (level 301)
Ko-K kraftangan
Bola Jaring
Bisnes kecil-kecil..

xlama lagi.
mungkin aku nk buat part-time.
betul2 perlukan duit sekarang.

Banyak benda nak buat sebenarnya.
Masa je macam tak cukup. Aku dah tahun 3. Tak lama dah nak duduk U ni.
Tak boleh jugak, nak buat banyak benda dalam satu masa. TAMAK.

Rindu kenangan muda-muda.
credit to kak long

Imam muda Asyraf dah kawen la.Hehe : nisya

Tiba-tiba Merindui Wanita-wanita Ini.

Assalamualaikum
HEHE.

Dah lama sebenarnya nak tulis entry pasal sahabat-sahabat yang dicintai ni.
Akibat penyakit rindu yang sangat kronik.
Bila mau ketemu lagi. Haihhh..

Ziela & Ziera & Hani & Nadia & Ida
SAYA RINDU KAMU MAAAA!!!!

 Rindu.
Kawan. Dulu kita selalu lepak sini kan? Pastu kita suka amik-amik gambar banyak-banyak. Pastu buat muka buruk. Pastu gelak sesama. Rindunnya..

Walaupun gambar nie vibrate mode tapi Hani kata dia suka gmbr nie.
I miss you too dear. Haih.

Uhuk.
Ziela kita selalu perasan terer nak main basket ball kan? sebab nak tiru ziera yang memang terer tu. Jeles tau.
HAHA. Rindu arr..

Ziera.
Masa ni kita pulun mekap banyak-banyak. Bersiap macam nak menang piala Miss World PRD. HAHA.
Sampai kena tinggal bus dan jadi Super VIP dalam majlis sebab datang lewat dari Pengarah KMPP. HAHA.

Oh masa ni. Kita semua tengah meroyan nak jadi fotogedik. Memang terlampau la. HAHA.
Rindu. rindu. rindu.

Freinds Forever Sayang-sayangku. Betul-betul rindukan kamu semua.
Bila nak jumpa nih!!!!

Ziela, walaupun study sama-sama dalam USM, tapi kami lain kos, hostel pun lain, jadi jarang jumpa.
Rindu sangat. Ziela, Ziera kita janji nak gather balik kan after 9 years. Tolak, tambah, bahagi, darab tinggal lagi 6 tahun lagi. Lamanya. Tidak. Sebelum 9 tahun akan datang, aku pasti akan ketemu kamu semua.
Mana tahan rindu lama-lama. I love you all. Jom balik study KMPP. HEHE.

Tq! Sebab sudi menjadi sahabatku. Leb u all : nisya

Imam Muda Asyraf

Assalamualaikum.
Eceh. Permulaan entry dengan salam ini bukan atas pengaruh tajuk entry di atas ye.
Salam ini bermakna permulaan kepada sesuatu yang baik. Dapat pahala kalau kita berdoa untuk kesejahteraan orang lain. Aminn.. Lepas ini setiap entry kena bermula dengan kalimah mulia ini. =)

Hari ni hari Jumaat.
Hari yang mulia.
Penghulu segala hari.

Oisshhh berubah terus nisya ye. Nape skema sangat nih?!
Sebab siang tadi hamba jumpa Asyraf 26 tahun finalis Imam Muda Astro Oasis.
HEHE.

Hamba teruja. Hamba rasa sangat sejuk melihat mukanya. Jangan salah paham. Hamba xlayak untuk orang sebaiknya. Hamba cuma ter-excited sedikit. Kagum dengan beliau. Pada usia agak muda itu, beliau berjaya menjadi kebanggaan umat Islam Melayu. Sejuk perot ibu dia mengandung =). Hamba nak anak hamba jugak begitu kelak. Mukanya sangat bersih. Tuturnya sangat manis. Matanya langsung xlihat hamba dan adek perempuan hamba. Zina mata. HAHA. Hamba malu jugak kerana hamba kurang menutup aurat. (sedau pun engkau). Udah ku bilang, ku ngak layak dengannya. Bertuahnya sapa yang tercipta dari tulang rusuk kirinya. =)

Masa ni, Asyraf sedang shooting. Malu-malu nak ambik gmbr dia tyme ni. Tu dia yang pakai jubah putih tengah duduk tu.

Aku paksa abah p amik gambar jugak. Walaupun xdapat ambik muka dia. Susuk badan pun jadi.

Last-last, cameraman dia perasaan ktorg anak beranak terhegeh-hegeh kat tepian beliau nak bergambar tapi malu. Lalu mengajak kami bergambar bersama beliau secara proper.

Lihat perut beliau sama dengan perut abah. Mentua borek, bakal menantu rintik. HAHA. Gurau.

Jumpa di Masjid USM. Beliau bagi tazkirah. Sejuk hati.
Assalamualaikum Asyraf. =)
Hamba xlayak untuk beliau.

Weih!Weih!Weih! Madnoq nak letak mana. Always in my heart. Eceh. 
Madnoq peserta Imam Muda next year. HAHA. Tipu 

Imam Muda Asyraf finalis Imam Muda tahun ni : nisya

Aku Cakap Jujur...#2

Ya kembali lagi kita.
Satu siang hari ke kelas.
Masuk campus. Kesana kemari.
Tetiba dapat idea untuk isi segmen ni lagi.
(Ish, macam menyampah pulak kadang2)

TAPI.
semua ni realiti hidup.
Baca dan selamat berfikir!

"Cara untuk kita bersyukur dan menghargai apa yang ada pada diri kita adalah dengan melihat sekeliling. Perhati keadaan dan situasi orang lain. Bandingkan dengan diri sendiri. Kita akan sedar." - nisya salihin

Buat list kesyukuran anda : nisya

May Allah Bless You Sweetheart. Sweet 21 !

Dedicated khas untuk sahabat dan roomate tersayang.
Fatin Nadzirah Mohamed Anuar.

Speak it loud!!!
HAPPY BIRTHDAY FATIN NADZIRAH!!!!


To you dear...

Selamat masuk ke alam 21-an. Kita sudah tua. Pejam celik, pejam celik sudah tahun 3 di USM dan umur friendship kita pon dah 3 tahun. Kamu manusia pertama yang ku jumpa dan ber-hai-hai di USM. Kita mula kawan pada 29.6.2008. Hoh hebat x. Ingat tarikh tu. HAHA.

Err..xleh cerita banyak-banyak. Sebab hati tetiba rasa sebak, mata tetiba rasa bercecair. Jadi xbanyak yang nak cakap. Tunggu la lepas graduate, kita bercerita sampai kering air mata dan hidung. Cuma nak berterima kasih atas semua benda yang kamu buat pada saya. Oh. Hati sebak lagi. Ok stop. Besday girl tak leh diajak bersayu-sayuan. Sory kalau sambutan besday hari tu, xberapa nak meriah dengan letupan bunga api di langit. Hamba xmampu. HEHE.

Ok. Dah. Moga anda selalu kuat dan tabah. Jangan rasa kamu berseorangan jika ada masalah. Kerna di belakang kamu selalu ada aku. Ok. Sebak. Nangis sekarang T_T. Jangan sedey selalu, kalau kamu sedey aku berganda-ganda sedey dan emo dari kamu (oh, i really hate to see my friends in a gloomy face). Sangat sedey. Jadi heppy selalu ok. Kita nak hidup satu bilik, satu bumbung, satu katil (oh tidak) dah xlama dah, tggal 2 sem lagi, then i know you will miss me a lot ! HAHA. Jadi kita penuhkan masa singkat yang ada ini dengan berkongsi kegembiraan dan mengatasi kesedihan dengan sokongan antara satu sama lain. Oke?

Ok. Sampai sini sahaja. Sayu eh. HUHU.
Once again. Happy Besday Dear. Friends Forever. I Love You. The End.

 Ampa dah baca entry ni sila jerit untuk respon! HAHA : nisya

Aku Cakap Jujur...

Segmen baru
dalam blogspot nisyasepet
Aku Cakap Jujur.
Macam xbesh jer tajuk dia. Tapi biar la.

Kenapa nak wat segmen-segmen ni??

Saja.
Kalau selalu orang suka berfalsafah pastu kat hujung kata-kata falsafah tu diorang tulis nama diorang. Aku pun nak jugak. Dan isu baru yang aku dapat untuk segmen ni adalah.

Situasi berada di hostel, berjauhan dengan keluarga dan berdekatan dengan kawan-kawan


" Perasaan moody boleh hilang, hanya dengan melihat sahabatmu tersenyum padamu,
tanpa mereka rasa terganggu dengan air mukamu yang penuh emosi, mereka terus tersenyum sehingga kamu sendiri pun akan tersenyum bersama" - nisya salihin
 Untuk segmen pertama ini, mungkin banyak kesalahan tatabahasa, ayat xsedap dan sebagainya
tapi 
aku cakap jujur ayat-ayat ni. Realiti hidup aku dan aku laluinya.

Bye2~

Jumpa di segmen seterusnya : nisya

Persediaan Sebelum Hati Menjadi Parah Masuk U.

Betapa lemahnya aku nih.
Dah tahun 3.
Belajar kat U.
Dah berapa kali berjauhan dengan famili.
Walaupun rumah xberapa nak jauh.
Tapi tetap nak sedey jugak.

Jadi.
Sebelum sedey bertambah parah. Bila dah masuk hostel balik. Bila kena bangun Subuh tanpa suara mama mengejutkan lagi. Bila bangun tido tengok sebelah, xdak lagi adek yang suka tido mati sampai kaki naik kepala aku. HUHU. Nisya manja. Yes. Memang. Betul-betul xnak kembali ke rutin U. Bosan. Bosan. 

Oleh itu.
Aku ambil langkah-langkah ini untuk ubat sikit hati yang lara.

1. Sebelum masuk U, aku download video musik, lagu-lagu yang boleh tenangkan aku dalam kuantiti yang banyak. Contoh lagu, When I Need U, U're My Everything dan sehaluan dengannya.

2. Next, aku akan ambil banyak-banyak gambar scenery yang cantik-cantik, yang boleh buat aku rasa aman dan termenung jauh. Sebab suka berfantasi berada disitu sebentar.

3. Aku akan elakkan, meletakkan gambar famili sebagai wallpaper laptop aku dalam masa 'baru sampai U'. Itu akan menambah kelaraan yang dah lara ni. Tunggu dalam 2 minggu ka, baru boleh.

4. Wallpaper scenery, katun-katun boleh wat aku hepy sat.

5. Download atau ambil dari adek movies best-best. Boleh tengok bila sunyi.

6. Dah nak dekat balik U, aku akan ingat semua kenangan dengan kawan, atau masa belajar kat U yang boleh buat aku seronok balik nak balik sana.

.SEKIAN.

Sekarang mood masih xstabil. Bisa nanges bila-bila masa sahaja. Manja.

Ikhlaskan aku Ya Allah : nisya

Tamat Menjadi Pekerja, Bersedia Menjadi Pelajar.

Booosssaannn
Itu sahaja yang dapat aku simpulkan apabila tiba masa untuk
MASUK SEM BARU.
Setiap hari terasa bosan. terkongkong. stress.

Ok.
Makcik Ko-Op dah berenti. Sebab dia dah nak sambung belajar.
Makcik educated punya.

Aik? Menolong atau mengacau. Mengacau. Betoll!

Presenting My Tokey - Abg Mat, malu-malu pulok. Hehe. Mama kredit kad.

Rindu nak solat kat surau SKSP lagi. Uhuk.

Sedey nya...Nak keluar dari pintu ni. Rutin kerjaan ni.

Tolong. Jangan kunci pintu ini dalam hatiku. Gonna miss it!

Ok. Sekarang kerjaan dah habes. Ke-study-an pulak.
Adakah anda sudah bersedia menjadi pelajar dengan azam baru Khairun Nisha??

Ok.Baiklah.  Saya anggap ini (gambar diatas) sebagai masih tidak bersedia untuk ke USM.

Rindu.Rindu.Rindu Nak Kerja Ko-Op lagi : nisya