Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing

Assalamualaikum!
Tuk! Tuk! Kembali lagi kita bersama dengan dapur cik nica!
Kehkehkeh bajet chef je kan.

Oklah. Takmau buang masa. Mari kita terus cakap pasal tajuk di atas. Penah dengan tak nama kuih tu? Kalau sapa yang minat Running Man mesti tau, sebab ada episod yang Kwangsoo menda ni.  Churros famous dekat amusement park kat Korea. Wajib kena ada benda nie.

Rasa dia???
Sedaaapppp sangat! Crunchy kat luar lembut kat dalam. Nak buat dia pon senang gilos u olls! Jom chekadaut le resepi!

Resepi Churros
by Hana's Family


Bahan-bahan :

1 cwn air
1 sudu makan gula
1 1/4 tepung gandum
1 biji telur saiz L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter

Cara-cara :

1.  Masukkan air, garam, gula dan butter dalam periuk. Didihkan.


2.  Kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau cepat dan tutup api.


3.  Masukkan telur dan kacau sebati.


4.  Masukkan adunan dalam piping bag. Kalau nak cantik pakai nozel star. Kalau xdak pon xpa.


5.  Panaskan minyak. Kekuatan api sederhana untuk dapatkan luar yang rangup dalam yang lembut. Bila        minyak dah panas, terus pipe keluar adunan tadi dalam minyak panas. Goreng sampai kuning keemasan. Goreng sekejap ja, kalo xdalam churos jadi keras mcm muruku plak.
Siap!!




6.  Untuk bahan mencicah, boleh ikot citarasa. Kalau suka dip dalam chocolate boleh sediakan coklat, kalau x tabur gula campur serbuk kayu manis pon sodap!




Cara penyediaan coklat :

1. Guna coklat masakan, saya rasa coklat biasa pon xpa kot.
2. Gunakan kaedah boiling iaitu panaskan air dalam periuk, kemudian amik bowl besi letak dalam periuk yg ada air tu, boiling mereka bersama, cara ni utk mengelakkan coklat tu hangus. 
3. Biarkan coklat tu sampai cair. Kemudian hidangkan panas2 dengan churros tadi. siap!

 Churros yang di tabur gula.

Nyum! Cucoq versi omputih. HEHE 

Dip! Dip! aannndd ngap!

Ok guys! Selamat mencuba!



1 thinks ....:

KI said...

mengalami kesusahan nak pipekan tu?