Trip To Kelantan! Syiok Tak Boleh Blah!

Assalamualaikum
Syukur Alhamdullilah hari ni rajin sikit nak update blog.
Tahniah kepada diri sendiri.
HAHA.

Since abah sibuk bekerja.
Anak-anak cuti pun, xdapat nak ambil cuti
( xkesah pon, hanging dengan family kat rumah pun boleh jadi vacation kat aku)

Jadi.
Aku nekad nak pergi Kelantan atas niat nak melawat keluarga kawan-kawan rapat.
Malangnya xcukup ahli, Fatin xikut. Tak pe lain kali kita p lagi no =)

Hokey. Nak story, banyak sangat pulak. Baik tengok gambar. Cambesa ah!

Roll..........
*
*

Habuan Perut Sepanjang di Kelantan

 Singgang Daging

Pudding Tini

Set Dinner kat rumah Tini

Sate Yang Besar

 Steambot Yang Besh`

Sup ke tomyam

Yummyy!!

Set Lunch kat Rumah Tini

 Budu sinonim la dengan Kelantan

Sate ikan besh!

 Somtam ! Nikmat! Kecur air liur!

Cucuk-cucuk cicah sos.

Donut Big Apple

Murtabak Besaq Gabak. Sedap gilo.


Ada lagi makanan yang xdapat di capture.
Makan-makan di rumah kak long.
Kelihatan x senonoh kot nak makan asyik ambik gambar. HEHE
tapi super sedap makanan yang long n mak dia masak seperti

sambal pauh
singgang ikan (yummy)
tomyam
sotong goreng

Sedaappp!!



Tq sangat2!

Next. Gambar destinasi yang kami p dengan aktiviti yang dibuat.

Jalan petang kat sini memang sibuk. jadi terima kasih kat driver xberbayar kami kak long n tinah hehe

Aktiviti santai. baling bola berat langgar pin

Peserta aka pemenang HAHA. kembang2.. =8 )

Peserta tuan rumah

Rumah tradisional

 Rumah Kedah, Im back mummy.

 Rumah Piqah

 Pasar Besar Gila.

 PCB. Ombak ganas

PCB jugak

Mydin gila besar.

Hooo..happy2..happy dapat habeskan entry ni. Punya pemalas eh.
Tapi syiok hoo jalan-jalan tempat orang.
Next nak pegi Negeri Sembilan dengan Johor pulek Yeehoo.

Tq kak long, tini dan tinah -tuan rumah terbaik : nisya

Pra Entry Untuk Trip to Kelantan!

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita atau lebih kepada nak tunjuk gambar. HEHE.
My 1st vacation without my family to Kelantan.
Sayang fatin xdapat pergi sekali.
Gomo Kelate Gomo.

 1st time naik bus untuk jalan jauh. Sungguh jakun rasa.

Ok. Mari melawat rumah kawan-kawan aku dulu. Lepas tu kita tengok makanan pulok. Wauwii.
 Ni kat rumah kak long. Family dia sangat sporting. Wauuwii..3 hari mereka membela kami. Terasa bahagia. Ekeke.

Ni kat rumah Tini. Tengah makan pudding tu. Sedap!



Ni rumah Tinah. Keta dia ada sePULUH. Merata-rata kat halaman rumah. Gila ah.

Ok.
Next entry cerita pasal makanan lak.
Huu. Tengah malas ni.Bye2.
 


 Best gila-gila p Kelantan. Mau lagi!! ( Eh Selamat Awal Muharam :)  ) : nisya

Tips Untuk Study Week & Exam Week.

Assalamualaikum

Rasminya sekarang.
Saya sudah berada di rumah hampir 3 hari.
Jadi 3 hari yang lepas, saya sudah habes exam. Skema le ayat.

Hari ini, aku baru nak share tips
pasal
Study Week dan Exam Week.
Terimalah.


1. Pertama! tetapkan niat, belajar untuk masa depan, bukan untuk peperiksaan sahaja.
2. Sediakan jadual study besar-besar. Lepas tu letak dekat dinding. Displinkan diri, ikut plan jadual.
3. Letak semua nota atas meja, nampak macam banyak je kena study, so kita akan stady awal.
4. Aku suka buat nota ringkas, banyak kaler, menarik sedap nak baca. Sebab subjek aku banyak membaca.
5. Jaga pemakanan : fish diet ( tips Hanis Zalikha), sayur, buah - no megi, junk food
6. Jaga tidur, pukul 2 pagi nak kena tidur dah, masa tu otak sedang perbaharui sel-selnya masa tu. (tips Mak Hanis Zalikha)
7. Perkara ni wajib la kan, solat kena cukup, solat sunat harus buat, lepas solat baca Al-Quran.
8.Aku kalau stress study, aku stop kejap, lepas tu ambik buku diari, tulis semua benda seronok yang aku nak buat sangat-sangat lepas exam. Naik kan semangat tu.
9. Kalau diri sendiri xdak mood nak study tyme tu, ko pesan kat diri sendiri, kalau study betul-betul akan dapat ganjaran, contoh : makanan, tengok wayang dll.
10. Satu lagi pantang ialah, jangan amalkan tidur waktu asar, xbagus, orang tua kata, tidur waktu tu boleh benakkan otak dan buat kita nyanyuk. Tyme tu la kita leh berehat-rehat sekejap.
11. Waktu Asar sampai Magrib jugak, x digalakkan study, xsure kenapa, tapi xsesuai, tyme ni aku susah nak faham kalau study.
12. Lagi pantang tidur adalah jangan tidur lepas subuh, sebab lepas subuh ni banyak faedah dan waktu adalah waktu paling baik untuk kita beribadat antaranya belajar. banyak lagi side effects tidur lepas subuh, tapi xingat dah.
13. Untuk motivasi secara langsung, letak le makanan yang best-best kat tepi kita. stress je ngap, stress je ngap, xheran le kalau berat badan naik masa study & exam week ni.

Sekian.

sungguh malas entry kali ni : nisya

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....Saya Nisya...Saya Sedang...

Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.

KAHKAHKAH.
nisya? nisya?
Are u ok?

KAHKAHKAH

Tolong jangan ganggu Khairun Nisha Salihin sekarang.
Kepala Hotak dia tengah biul. 
Melalak di tengah malam, mengeroh di siang hari.
AKU DAH GILA!


ni semua exam punya pasal. Haiyoo exam sian kat aku. : nisya *_*

Perkara Yang Ditunggu, Pekara Yang Akan Dirindu

Assalamualaikum

Masa ni, aku tengah tengok satu suasana.
Depan bilik aku
Yang aku tunggu tapi perit dan akan dirindu.


Segerombolan budak-budak final year kot. Budak lelaki.
Beberapa orang rakan mereka. Dah bersiap-siap nak balik kampung.
Dan habeskan sem ini. Sem terakhir.
Ayah ng ibu dorang dah tunggu dalam kereta.
Susun-susun barang anak mereka dalam kereta.


Satu kumpulan kawan baik dia pun sama-sama tolong dia angkat barang masuk dalam kereta.
Selepas tu datang sekumpulan budak perempuan datang mengucapkan selamat tinggal.
Semua dah siap, kawan mereka sedia untuk bertolak pulang bersama keluarga.
Dan mereka berpelukan sesama sendiri.
Pelukan terakhir kot untuk sem ni.
Moga berjumpa lagi.
Kawan lelaki, ada yang lap-lap air mata.
Ada yang tepuk-tepuk dada sendiri. tahan sebak. Bila lagi kita nak jumpa kawan.
Sedeynya tgk suasana macam ni.

Yes. Memang aku tunggu saat tu. Saat habes belajar kat sini.
Tapi perpisahan itu perit.
4 tahun kot dengan kawan-kawan kat sini.
Dah la kawan jauh-jauh.
Ntah kedutan muka yang keberapa la baru leh jumpa balik.

Saat perpisahan tu, baru rasa macam hidup kat U ni macam ajaib gila.
Sebab kita penah lalui dan akhirnya akan diakhiri.
Kenangan pahit pun leh jadi manis masa ni.

p/s : Hoh aku nangeh kot tgk babak dorang peluk n lap-lap air mata. Gila emo.
Cukup-cukup la tu, esok test, stady pun xhabes g. HAHA

banyak kenangan kat USM ni : nisya