Tips Buat Assigments Last Minute.

Assalamualaikum.

Malam ni nak share sikit tips.
Sila rujuk tajuk entry. Tajuk entry mungkin berunsur sedikit negatif sbb ada perkataan 'last minute'
which is NOT GOOD.
tapi realitinya, last minute itu aku, aku itu last minute. Done.

Kebelakangan ni, asgment aku makin beratur la, habis satu, satu lagi mari. memang xmau mengalah betol.
Otak dah makin tensen, migrain dah makin besar, kepala pun dah bulat. Apakah??
Oleh itu, aku memerlukan 'somethin' untuk back to the lane dan fokus semula untuk habeskan jugak asgment.

So. 
On your mark.
Get set.
GO!!

1. Firstly, aku benci kepanasan siang yang buat otak ku makin mau meletop. Jadi aku prefer wat asgment malam, dikala sejuk dingin, sunyi dan suma orang tido. Memang kena stay up. Tyme tu lah idea mencurah2 dalam otak. Jadi siang tido, malam bangun ye burung2 hantu sekalian.

2. Walaupun, saya ini orang last minute ye tuan-tuan, tapi bahan-bahan untuk asgment harus di google awl (dicari dlm erti kata lain) kerna, ia penting untuk anda tidak mengalami simptom mati katak semasa di saat akhir mengerjakan ia. Dijamin berlaku, jika tidak dituruti.

3. Sudah kata suka situasi malam sunyi dingin sejuk, pasti di sebelah saya ada minuman panas yg menyegarkan lagi berkhasiat. Saya suka VICO!!. Ia membantu menenangkan anda. Rilex and focus.

Boleh gambarkan x setakat ini!
ok. sambung.

4. Tetapkan masa untuk rehat sat. Manusia itu kita weih, bukan robotcop. Rehat sat. Lepas 30 minit struggle,
ilek lu, bukak FB lu, blog ka, movie pendek ka, dgr lagu ka, p basuh kain ka. dan banyak lagi. Selalunya aku lepas 5 minit dah rehat dah, rehat tu macam tido sejenak la buat aku. HAHA.

5. Selalunya kalau dah terlalu tertekan, aku suka ber msg- msg an dengan orang yang aku selesa untuk memotivasikan aku,such as the parents, the boyfriend and the friends.

6. Tidak pun. Pegi buat asgment dengan kawan2 lain. Yang ni aku jarang buat sikit. Sebab lebih selesa di bilik sendiri. Duk bilik orang terlalu selesa sampai nak tido sokmo. Tengok situasi jugak.

7. Sampingan, beli la jaja, makanan ringan dua plastik, untuk kudapan di malam hari, pasti xtensen. Bila tertekan dan ketandusan idea, nguyah selaju mungkin, mesti idea muncul.

itu je kot.
Yang penting, cool, rilex dan focus.
Jangan kelam-kabut, takut hasilnya lagi teruk dari yang di jangka.
Dah kata suka wat keja last minute, so kena amik risiko la. Jangan banyak membebel.


Perangai ini memang xleh ubah, keras : nisya

0 thinks ....: