Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing

Assalamualaikum!
Tuk! Tuk! Kembali lagi kita bersama dengan dapur cik nica!
Kehkehkeh bajet chef je kan.

Oklah. Takmau buang masa. Mari kita terus cakap pasal tajuk di atas. Penah dengan tak nama kuih tu? Kalau sapa yang minat Running Man mesti tau, sebab ada episod yang Kwangsoo menda ni.  Churros famous dekat amusement park kat Korea. Wajib kena ada benda nie.

Rasa dia???
Sedaaapppp sangat! Crunchy kat luar lembut kat dalam. Nak buat dia pon senang gilos u olls! Jom chekadaut le resepi!

Resepi Churros
by Hana's Family


Bahan-bahan :

1 cwn air
1 sudu makan gula
1 1/4 tepung gandum
1 biji telur saiz L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter

Cara-cara :

1.  Masukkan air, garam, gula dan butter dalam periuk. Didihkan.


2.  Kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau cepat dan tutup api.


3.  Masukkan telur dan kacau sebati.


4.  Masukkan adunan dalam piping bag. Kalau nak cantik pakai nozel star. Kalau xdak pon xpa.


5.  Panaskan minyak. Kekuatan api sederhana untuk dapatkan luar yang rangup dalam yang lembut. Bila        minyak dah panas, terus pipe keluar adunan tadi dalam minyak panas. Goreng sampai kuning keemasan. Goreng sekejap ja, kalo xdalam churos jadi keras mcm muruku plak.
Siap!!




6.  Untuk bahan mencicah, boleh ikot citarasa. Kalau suka dip dalam chocolate boleh sediakan coklat, kalau x tabur gula campur serbuk kayu manis pon sodap!




Cara penyediaan coklat :

1. Guna coklat masakan, saya rasa coklat biasa pon xpa kot.
2. Gunakan kaedah boiling iaitu panaskan air dalam periuk, kemudian amik bowl besi letak dalam periuk yg ada air tu, boiling mereka bersama, cara ni utk mengelakkan coklat tu hangus. 
3. Biarkan coklat tu sampai cair. Kemudian hidangkan panas2 dengan churros tadi. siap!

 Churros yang di tabur gula.

Nyum! Cucoq versi omputih. HEHE 

Dip! Dip! aannndd ngap!

Ok guys! Selamat mencuba!



I'm Not A Desserts Lover. But I Love To Bake Them.

Assalamualaikum
Tak jawab tolak pahala.
Hehe.

Terpanggil untuk menulis blog sebab kebosanan yang amat sangat PLUS ada idea kot nak menulis kali ni.
Selepas tamat menjadi guru ganti, haku pon menanam anggur lagi. Tapi kali ni aku jadi rajin sikit. Eceh. Tu pun sebab gaji ado kan, kalau tak terkangkang tido je duduk rumah. HEHE. Bila ada duit sendiri, lagi ghairah (eh!) nak memasak. Nak beli ingredients yang mahal pon xperlu pikir panjang sebab pakai duit sendiri. Kalau duit MAPA, mmg kena fikir banyak le, anak solehah katakan *tuih!*

Again. I tell you. I am not a dessert lover. It is hard to me to handle the sweet stuff. But I love to bake them. Sebab apa kan kawan2, sebab buat dessert ni macam magic. Before we bake it, rupa dia macam lain, after keluaq ja dari oven, it will transform into a cantek creatures. Baking things ni ada drama tersendiri tau, ada saspen, debaran, keghairahan, sedih dan gumbira!! Hehe.

So, I had decided to bake : 1. Hello Kitty Chocolate Cake
            2. Pavlova
                    3. Durian Crepe

Those are my babies picture. Lovely! (puji sendirik!)

 I am Blacky Hello Kitty

 I am the Pavlove Pavlova. Hik3


I am Digi Bersamamuuu..

So, now I want to share the Pavlova recipe 1st. Yang Hello Kitty Chocolate Cake tu ikut resepi coklat kek yang sama cuma acuan je muka kucing tu. Hik3. Dekat bakery mart ado jual.

1st of all. PLEASE TAKE NOTE! : Pastikan mangkuk, sudu, mixer dalam keadaan yang KERING. Takmo ada lembapan atau kotoran. 

Baiklah. Terus kepada resepi.

*Sebelum start membuat adunan, kita mesti sediakan dulang untuk bako dia. Amik dulang lepas tu guna baking paper/A4 paper lapik atas dulang. Ikot pengalaman, pakai A4 paper pon xpa, xmelekat. Ni kes kalau xdak baking paper la. ;)
- Buat satu bulatan untuk memudahkan kita tuang meringue dalam keadaan yang senonoh.

Contoh


Meringue 

4 biji telur PUTIH
3/4 cawan gula castor (kalau xda, mesin hancur gula biasa)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1sudu teh cuka makan


1. Mula2, guna hand mixer untuk pukul putih telur. Pukul sampai jadi bubble penuh mangkuk. (seperti gambar kat atas)

2. Lepas dapat bubble2 tu, masukkan gula castor sedikit demi sedikit. Macam buh gula sikit, kacau, buh gula sikit kacau saaaammmppaaii habes gula. Masih menggunakan hand mixer. (DILARANG mengurangkan sukatan gula sebab meringue xboleh stabil dan tak kembang. Kalau manis sangat, sediakan buah-buahan masam yang banyak untuk topping.)

3. Lepas dah habis taruk gula, pukul sampai jadi berkilat, bertanduk dan putih berkilau gituu, tu la meringue. Kalau nak tau jadi ke tak, cuba kaup sikit meringue tu dengan sudu, lepas tu terbalikkan sudu, kalau dia steady ja, tak jatuh, maka menjadi la meringue anda. *clap-clap*
Bertanduk

4. Lepas tu, tutup hand mixer, campak dalam sinki, amik spatula atau sudu ready untuk letak tepung jagung, esen dan cuka. Gaulkan mereka bersama.


5. Then, tuang dalam bulatan yang kita buat tadi. Sebelum bako, panaskan oven dengan suhu 180C selama 15minit. Kalau pakai oven gas macam saya, guna skala 4 hehe. Lepas tu turunkan suhu pada 140c/ skala 1.5. Bakar untuk 1jam atau 1jam 15minit. Kalau saya, bakar 1 jam je.

6. Lepas 1jam/1jam15minit, JANGAN angkat keluar terus dari oven. Bagi dia cool daown dalam oven. Bukak sikit pintu oven untuk sejukkan dia. Macam mana nak tau dia betol2 sejuk, pegang tray dia, kalau tray sejuk, pavlova pon dah sejuk. Dah sejuk keluarkan.

Lepas keluar oven :


* Memang dia kemek sikit tapi bahagian dalam tebal. Rujuk gambar atas nun.

Ok! Ready for topping!

1cawan dairy whipping cream (saya guna Anchor)
1  1/2 sudu besar gula icing
sedikit esen

1. Kacau ketiga-tiga bahan sampai kental. 
2.  Sapu cream atas meringue tadi.
3. Hias dengan buah-buahan.

* Kebanyakkan orang pakai non-diary whipping cream, tapi sebab saya jumpa yang ni aje maka  saya guna ini aja. hehehe. 

Maka, tercipta lah Pavlove Pavlova!!

 Sangat sedaaapp!! Paling suka ratah crusty dia tu. Nyum2!

Alhamdullilah. 1st try pon dah jadi. Bahan pon seeeennnnaaangg je nak dapat dan simple. Mula-mula nak cuba dulu memang takut, lagi2 nak buat meringue tu, macam banyak kerenah kan?? Tapi belum cuba belum tau, dah cuba baru tau senang gila. Selamat mencuba!!!

Ni dah kali ketiga buat! Tak jeeemuuu. HEHE.

Rujukan : Blogger
Cikepal
Masammanis

Apa Plan Lepas Konvo?

Assalamualaikum.
Kum.
Kum.
(Bergema blog, lama xberpenghuni)

Malas mau cerita kenapa xupdate lama. Just straight to the point.

Last Saturday is the best day ever so far.
Kira my BIG day jugak la.
That is

My Convocation Day

Overall, semuanya berjalan lancar walaupun hp rosak, charger bateri kamera xjumpa tapi at last Allah bagi aku hari yang sangat indah. Indah sangat bersama family, friends and love.

Forever Love

The 6 chicks forever

Sayang sangat sama ini budak 

 My sweet friend from Sarawak, Haninah!

 My crazy, sweet and sour friends! Love!

 Course-mate tercinta

 Dia dari Sabah bahhh..

 
My sayang siblings!


Pakcik Madno

I share this pictures as I want to share my happiness with you all. Itu hari bahagia aku. Alhamdullilah, syukur sangat berjaya bertahan untuk 4 tahun bagi mendapatkan title GRADUASI. Cabaran memang banyak tapi datang seiring dengan kemanisan memori bersama kawan-kawan.  Perkara ini xakan berulang. Harus pkir masa hadapan pulok.

Lepas habis belajar ni, merata-rata dapat wedding invitation dari kawan-kawan. Gembira dan sedih. Gembira untuk berkongsi saat bahagia dengan kawan, tapi dalam masa yang sama sedih sebab terpikir, saat bahagia aku bila la nak mai kan. Sepupu haku yang umur 21 tahun pon dah nak kawen hujung tahun ni. Mungkin jodoh dan rezeki dia mai dulu. 

Takpa La.

So! Apa plan lepas konvo? Kahwin? Hem tersasar la, parents xsedia lagi, anak dia yang terlebih sedia.. HEMMMM HEMMM... (mengeluh panjang) takpa la, ikut cakap parents ada la tu keberkatan tang mana-mana. SABAR. Jadi buat masa sekarang, kerja cari duit (walaupun dah 4 bulan kerja, gaji xmasuk2..tuih2!) then ikut kata parents suruh sambung belajar. InsyaAllah, ada rezeki plan itu berjalan? Kahwin??? tggu parents ready nak lepas...... Aku?? tak tau la. Ikut ja la. 

Faham tak?
Takpa la.
Yang penting, hatiku mengeluh.
HEEEEMMMMM.

Salam!


Nisya berkembang

Fuyoo.Fuyoo.
Lamo gila xupdate.
Lipas dh beranak sampai keturunan berapa tah.
*merapu*

Assalamualaikum everyone.
masih adakah. tak pasti jugak.

Saat ni. Masa ni.
Aku dah pun masuk final sem atau secara detail lagi aku dh LM
LM ----> latihan mengajar
*End*

Sekarang nak cerita pasal perkembangan diri yang sumpah memang kembang gila. Seriusly xpercaya aku leh sekembang ini. Sangat bangga? tidak la! Hal ini berkaitan dengan berat bada, saiz badan, etc..etc. Kembang = gemoksSSSss kuasa 10. Huhuhuhuhuhuhu. Nampak x betapa sedeynya aku. Hahaha, tapi sendiri carik masalah, makan xhingat dunia, pastu jadikan aktiviti makan-makan sebagai HOBI. tahniah la, memang dapat pencapaian yang baik. Hambik hang. Teruk jugak la aku punya saiz sekarang, sampai roomate aku tanya "Eh, nisya ke tu? Lain nya!" T_T sambil renung tajam-tajam gambar dalam header blog aku ni. Sungguh dia xpercaya tu aku. Huhu. Beza sgt la kot dengan sekarang. T_________________T sedey cgt taw!

But
Entry ni aku xmo tunjuk latest pic aku hehe. Later2 la. Sekarang nak tunjuk gambar makanan yang aku makan sampai kembang. Hehehe. Tak insaf lagi nica nih!. Hehehe














Sebenarnya ado banyak lagi makanan, sebab I suka amik gambo makanan, then kalau lapar, tengok gamba pastu esok hari, cepat-cepat kuar g cari makanan tersebut. Sooo obsess dengan food. Hemmm. But now, I'm trying, trying and trying nak control balik pemakanan. Ini bukan salah aku! Ni salah Penang yang banyak sangat fast food HAHA. Apa pun! Me can do it!! Aim turun 8 kilo, ce teka berapa berat I haha. Bye!

The Food Hunter. Nisya terlibat!

Assalamualaikum

Selamat Ambik Peperiksaan Semua!
atau dalam singkatannya Good Luck!
Hehehe.

Aku baru saja habis 1 paper killer, 2 more papers to go.
Gambateh! Tapi malam ni xdak mood nak study, malam semalam pon sama. Nak jadi apa ntah nisya ni. Pemalaih! Tak pa, kalau malas study, kita update blog dulu no.

Memandangkan selera makan aku merundum kebelakangan, seriously xlalu makan, berapa hari dah xmakan nasik, kalo makan pun setengah aje, xselera langsung la. Aku pun xpercaya aku leh xberselera macam tu sekali. So not you nisya. Hehehe. And and tonite, aku nak tunjuk gambar makanan je, bagi selera makan up sikit. Selalunya kalau nak bagi aku lapo senang je, aku g blog yang suka tunjuk gambar makanan, terus up la selera makan, walaupun aku makan nasik putih telur dadar aje tapi tetap rasa macam makan makanan sedap sebab tengok gambo chicken chop kuah gravy melimpah-limpah*bayang cepat* . Pape je la. Layan.

Kita mulakan dengan makanan tempatan dulu
Tada~~

Mee Kari Parit Buntaq. Yum!

Nasi Goreng Kampung. Yum!

Kemudian ke section makanan xtempatan
Mulakan dengan yang ringan dulu
Takoyaki. Yummie!

Pizza Lava. Yummie!
Chicken Chop Black Pepper Sauce. Yummie!!

KFC Pocketful. Yummie!!

 Spagetti carbonara. Yummie!

Pizza and cheesy meatball. Yummie! Argghh aku seniri yang meleleh saliva ni. Lapaq.


Section pemanis mulut pulak.
 Kek Cokelat King

Kek Cokelat jugak.

 Kek cheese ni, serius aku cakap sedap gila dari secret recipe. HEHE. Home made ni.

Marshmallow anyone?

Gula kapas perhaps?

Yumm!! Aiskrim pun boleh....

Tapii.. yang paling marbeles, daging segar lagi mantap, makan sekali mestii....

*
*
*
*
*

muntah teruk! HAAHA
Ribit...Ribit.Ong...gedek...gedek

Saja nak putuskan selera makan. Memalam buta ni nak cari mana makanan sedap gini kecuali ribit...ribit tu la.
Huhuhu 

Selamat malam everybody!

I want to score dean this sem : nisya