Buah Hati Seterusnya.

Assalamualaikum

Tajuk entry kelihatan macam aku bajet banyak buah hati la konon.
NO BEBEH.
Buah hati bukan setakat orang yang pandai berfikir dan berbicara
TAPI!

Benda/Haiwan pun boleh jadi buah hati kita
KERANA!
Benda/Haiwan pun ada sense or karisma sendiri yang buat kita terseenyyuumm kegilaan keseorangan.
Sungguh release the tension.

Sapa noo buah hati nisya tu??
Intai.intai.
Daaadddaaaaa!!!
Nama dia POPI. Sebab apa POPI. Sebab dia pink! Ok xdak kaitan abaikan.
POPI saannggaat buat aku relax. Dia xbergerak, xbercakap, gelak apatah lagi. 
Tapi sense tu dia tu..sungguh damai. Ok stop.

Banyak lagi buah hati aku, tapi POPI is the latest one. Esok2 nak bela ikan pulak.

Ok bye.

Lapar popia : nisya

Tag Ziera. JOM BERKENALAN

Assalamualaikum
Pembuka entry untuk sem baru.
Ya. Sem di baru di tahun baru dengan azam baru. Macam besa.

Baiklah.
Mari menjawab tag Ziera si comey nie.

Tag yang ziera bagi ni lebih kepada segmen yang direka oleh
Cikgu Akim.

SEGMEN JOM BERKENALAN



Syarat nak join

1- Buat entry bertajuk " JOM BERKENALAN"
2 - Letak banner dia dalam entry or sidebar.
3- Jawab soalan yang dia bagi.

Mari jawab soalan

1. Apakah status anda ?
Seorang pelajar ijazah sepenuh masa kat USM. Dalam hati ada kumbang.

2. Ceritakan tentang diri anda.
Khairun Nisha seorang yang pelik. Perangai berubah mengikut cuaca. Saya xkesah semua benda. Semua ok sahaja. Seorang yang jiwa kosong.Yang penting, orang di sampingku happy, diri tidak mengapa. Redhanya ayat.

3. Ceritakan tentang blog anda
Blog saya. tiada apa yang menarik, sangat biasa, mostly entry pasal kehidupan, pengalaman, perasaan, info ilmiah agak kurang la, nak santai mai blog saya, nak tambah pengetahuan sila ke blog lain. HEHE.

4. Apa pandangan anda tentang dunia blog.
Blog bagus. Sangat bagus xla. Sebab ada jugak kekurangan dia, macam lambat upload gambar, nak susun gambar susah, xdak layout cantik, bila edit sikit semua susunan blog jadi huru-hara, tapi kebaikkan dia, kita leh dapat banyak maklumat dan pandangan daripada orang lain, blog wat kita kenal seseorang dengan lebih rapat.

5. Nasihat kepada kawan yang baru nak buat blog.
Kawan-kawan. Blog ni bagus kalau kamu suka menulis dan bercerita. Kalau kamu malas macam si nisya ni, xpayah la, p update status kat fb je. Kamu juga kena banyaj sabar, sebab kalau xkesah blog besa2 aje xpa, kalau nak blog yang meriah O~la~la, kena rajin update, kena tabah duduk depan lappy berjam-jam. Ok dah.

6. Keunikkan pada blog anda.
Lihat pakai mata sendiri pabila memantau blogku, xdak pa yang menarik, unik apatah lagi, mungkin sedikit exotic. HEHE. just for fun. Tak dak pa yang unik la, tengok sendiri!

7. Sampai bilakah anda akan menulis blog dan apakah impian anda.
Sampai bila? I pon xtau, dulu dah nak berenti dah, Tapi blog masih kuat godaan nafsu dia kat aku, jadi teruskan. Sampai bila,Wallahualam. HEEE... Mungkin sampai aku lupa password nak login blog. Sampai tua la kot. Watever.

8.Tag 4 orang
Baiklah. Tahniah kepada sesiapa yang dipilih.

Siti  A'isyah
Fatin Nadzirah Tinkerbell
Ziera balik bleh HAHA.
Zila

Last sekali jangan lupa link entry ni kat cikgu akim kita. Kat atas aku  dah link kan. Tarikh tutp 3 Januari.

Cinta Pantai Merdeka.

Assalamualaikum

Pantai Merdeka membina titi,
Titi dibina untuk ke Tanjung Dawai
Bersantai dengan rakan sejati,
Ditemani juga adik haku yang sibuk.

Tu dia, berpeluh-peluh nak bina pantun, maaf le ayat last tu xmasuk dengan baris kedua, jenuh pikiaq perkataan apa lagi ada hujung 'wai'. Ok.Titik.

Al-kisah.........
Maka merancanglah si nisya bersama teman yang lain untuk ke Titi Ayun Yan (air terjun) yang di cadangkan oleh Cik Sue beberapa hari yang lepas. Cadangan ini mendapat sambutan hebat dari rakan yang lain, semuanya bersemangat untuk turun padang bersama-sama berpicnic, membakar ayam dan masak itu ini.

Malang tidak berbau.......

Semakin dekat dengan hari yang di rancang, semakin banyak halangan dan dugaan, seorang demi seorang rakan tidak dapat menyertai. Tidak mengapa. Kami bertiga, Nisah, Una, Zati dan aku masih teruskan rancangan walaupun xdak depa. Tetapi kami tukaq tempat p Pantai Merdeka. Uhuk2.

Malang berbau hujan.......

Kami bertolak pagi. Memang sungguh pagi la. Lepas Subuh, aku xtidur lagi, terus ke dapur,  mengayuh bihun dalam kuali berserta cekodok labu. Una dengan roti sardinnya. Namun dalam perjalanan ' tit..tit..tit'  bunyi titisan air dari langit atas cermin kereta. Oh air mata mau mengalir. Tetapi sampai saja kat Pantai Merdeka, bukan bunyi ' tit..tit..tit'  dah, tapi bunyi hujan lebat (hujan lebat bunyi mcm mana?) Lagi deras air mata kami berlari. 

Namun...........

Tidak mengapa, walaupun abang bot spoilkan mood kami, kami tetap enjoy sepanjang hari. Wahahaha.
Besst!!!

Tamat cerita yang xberapa sedih ni. Jom bergambar!

Mari nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka

Boat dan laut. Indah sungguh

 Ok. Habis intro.

Ni masa hujan. Lebat. Hati kecewa. Lalu makan di gerai depan pantai. Jadi la.

Dua adek haku yang gumbira nak mandi. Dah siap pakai baju mandi. Akhirnya xmandi. 

 Tukang masak sandwich sardin. Sodap mak.

 Say 'O' . Oreo.


Iklan berbayar. Bagaimana nak halau kucing dengan muka cun dan tangan lentik. HAHA.


Wokeh. Mai nak bot mai. Kita p Tanjung Dawai. 

Kesian adek aku. Angah kena marah dengan pakcik bot. Malas cita. Terasa aibkan dia pulak.
Garang woo! 

Layan ja~ Cool heh angah~

Tengok. Kawan i pun relax je.

Tanjung Dawai



Jeti Tanjung Dawai. Bot ke sana.

Naik bot balik Pantai Merdeka pulak

Main nyorok-nyorok kat jeti xsiap.



Jeti xsiap ini sungguh cool.

Gendut dan merah

Benda besa la kan kalau p pantai.







Balik!

Banyak gambar. Xlarat nak reka caption dah. Reka sendiri la ye.
Oh naik bot, pergi balik rm 4 ja seorang. Murah no..

Bye-bye

Seminggu lagi kat umah : nisya

Pink Shirt and A Box Of Chocolate

Assalamualaikum




Thank you dear~~

Love : nisya

Apa Nak Mebebel Malam Ni Ye?

Assalamualaikum

Selamat Malam.
Rasa nak buat satu entry malam ni.
Tapi nak bebel pasal apa hah?
Pasaaaall...
Kenapa aku suka pink?  
......................
Bosan la.

Pasaaallll
Benda remeh yang sebenarnya ada banyak pengaruh.
Agak abstrak. Tapi mari kita rungkai.

Benda remeh. Bagi aku benda remeh tu macam memberi pujian, senyum, ucap salam dll. Benda kecik je. Simple. Tapi benda remeh macam ni, dah jadi adat or amalan dalam masyarakat kita. Kalau xbuat xdak masalah cuma sedikit mempengaruhi respon orang lain la. And Hello, mesti la hang terkejut kan bila orang masuk bilik kita, xbagi salam, at least ketuk dulu pliss. Hormat. Tak buat xpe, tapi xmanis la, dan buat orang tu rasa hilang hormat kat hang. 

 gambar zaman bergetah

Bagi aku benda remeh la yang pengaruh perkara besaQ. Aku rasa sangat xmasuk la dengan orang yang tak boleh bagi respon bila kita bercakap. Hello! kalau suara aku slow, cakap la "haa!! Apa! cakap kuat sikit!"
Ok fine. Aku kuatkan sedaya yang bleh. Jangan buat bodoh je. Sebab aku akan simpulkan yang hang xberminat nak dengan cerita aku, sekaligus merundumkan self-esteem aku sebab aku rasa macam " Bosannya cita aku ni" or "Aku bukan penyampai cerita yang best, even hot story pun, orang leh tido dengar aku cita" . Hem lebih kurang macam tu la. Cerewet ke aku ni ha? Hello, hello lagi, gedik!  Bukan aku mintak respon yang melampau, cuma anggukan atau sedikit bunyi "ooohh" atau "aaaaa" dah tunjukkan hang mendengar apa yang aku cita. Sangat menghargai.

Benda remeh apa lagi ye? , emm macam bagi pujian, salah ke puji kawan, ka hang jeles tengok kawan hang dapat lebih. Puji la kalau ada benda yang boleh dipuji, jangan senyap then orang lain yang puji, itu ego namanya. Pujian tu dapat eratkan lagi hubungan tau. Pujian jugak macam satu sokongan untuk kawan kita. Ni asyik nak complain macam-macam pasal dia ja. Lagi down la kawan tu. Go on, puji je, ok fine, ada orang kata pujian buat orang riak. Terserah le pada individu, pandai control, xriak la. Derrr..

Agak panjang la jugak aku nak membebel lagi, yakin jugak aku kalau xramai or xdak yang akan membaca, sebab aku pun macam tu, hehe, xpa la, jadikan entry ni macam diari, esok tua leh baca, oh dahagakan respon dan pujian rupanya aku dulu. HAHA. Tak la, aku cakap contoh benda remeh yang banyak pengaruh je. Ok fullstop here. Nite!

Kurang 10 hari nak masuk sem baru : nisya

Kenduri Kahwin Kak Ainul

Assalamualaikum

Hai kawan-kawan.
Hari itu, saya ke Bukit Selambau, gila jauh dari rumahku
tapi perjalanan ke sana sangat syok sebab p dengan bff ku!
Cuti sem kalau xjumpa depa memang xsah kan.

Mari tengok gamboo.


Pintu Gerbang yang cantik sangat!
Eh tetiba pakai pink kan? ni kenduri lain, selingan sat. HEHE

My sweet mommy

Kami!! Love u all!

Peneman sejati. Love u too la hidong.

Akak pengantin yang sangat tabah. Masa ni suami dia masuk hospital. HUHU. Doakan
pengatin lelaki cepat sembuh ye. Tahniah Kak Wa.

Neysah, i admire u punya necklace, sue i admire u punya baju!!. HEHE

Suka amik gambar pelik2 ea..Bahaya tol nisah ni. Kena berkelakuan sopan bila dia start pegang kamera.

Pelamin cinta. Tapi xdapat sanding. ='(

Tuan rumah yang menjemput. Ainul! Cantik makcik ni.

Neysah comey.

Sue kawan dari sekolah rendah. Cantik dah!

Kawanku yang beatiful! eh pintu gerbang ni lagi HAHA.

Pintu gerbang lagi satu yangg. Jangan marah. Cantik tau,

Ok jom balik!

Actually, banyak cabaran nak mai kenduri ni. Tapi demi kawan, kami p jugak walaupun kena redah hujan yang macam anjing dan kucing, jalan yang jauh, beg putus dan lembu yang buat gojes lintas jalan xtengok kiri kanan. HAHA. Sabor je la. Nak tau lebih lanjut betapa mencabarnya perjalanan kami baca SINI

Tapi.
We have fun sangat-sangat! HEHE. Rindu dah kat depa.
Bye-bye. Plan nak p berkelah pulak! Mintak-mintak jadi la ye.

Fun!  : nisya

25 Random Things About Nisya.

Assalamualaikum

Malam ni rajin sikit.
Tapi xrajin lagi nak update pasal kenduri siang tadi yang p dengan kawan2 tercinta.
Nanti la story. 

Una tag i.
Tq una !!



25 BENDA PASAL NISYA


1. Pink warna kegemaranku

2. Keluarga cintaku yang abadi.
 
3. Suka makan semua benda kecuali taugeh. Pahit. Auww..

4. Suka dan admire sangat-sangat dengan culture Jepun, selalu hormat, sopan dan beradab.

5. Mood cepat hilang bila ada benda yang menganggu jadual tidur dan makan. HEHE.

6. Cepat penat bila cakap banyak. Dan akan jadi pendiam secara tiba-tiba.

7. Seorang yang clumsy dan pelupa. Kadang-kadang hot story pun boleh lupa. So nak gosip jadi xbest sangat tapi boleh kurangkan dosa mengumpat secara tak langsung.

8. Perisa strawberry pilihan ku. Kalau una vanilla kan ? ;)

9. Suka sangat jadi makcik-makcik kat rumah, suka masak dan menjahit, mengemas kurang sikit.

10. Suka try resepi baru yang nampak grand dan sedap. HAHA. nak beli xmampu. buat sendiri je la.

11. Saya panas baran namun suka memendam. Mudah membenci orang tapi tidak tunjuk.

12. Saya suka gelak. Lawak bodoh pun bantai gelak sebab diri sendiri xpandai berjenaka jadi mampu menjadi penyumbang kepada memberi respon yang baik untuk semua jenis lawak.

13. Suka mendengar luahan hati orang tapi akan naik angin bila orang tersebut sambil lewa bila aku luah masalah kat dia. Not fair ok!. 

14. Saya xsuka ambik kesah tentang sesetengah benda, yang besar atau yang kecik, buat serabut otak ja, baik buat bodoh ja.

15. Benci orang yang cakap xserupa bikin, complain banyak, last-last dia yang suka buat benda yang dia suka complain dulu.

16. Mudah menyayangi orang dan memberi harapan, contoh kawan.

17. Saya seorang yang kuat cemburu hehe.

18. Agak pantang dengan prinsip saya, bila perkara yang dah diatur tak dapat dilaksanakan atas sebab xmunasabah. Geram!

19. Suka menunggu daripada ditunggu.

20. Tak suka orang mungkir janji. Nak mungkir janji habaq awai-awai, boleh buat benda lain.

21. Boleh terima orang bergurau kasar tapi xboleh terima orang yang nak bergurau kasar tapi xleh terima alik gurauan kasar kita. Duk tarik muncung panjang2. Sepak satg!!

22. Pantang aku, orang lain yang xada talian darah dengan haku, nak complain itu ini pasal mama, abah dengan adek-adek aku! Pantang sungguh! Teruk macam mana pun depa, aku ja ada hak nak kata.

23. Sampai sekarang duk teringin nak makan macaron dengan takoyaki. Anyone boleh penuhi keinginan ku?

24. Saya ada penyakit mabuk darat, laut dan udara. cepat pening!

25. Chill saja setiap masa, hidup kat dunia sat ja, buat apa nak ambik serius banyak benda. Pape je la.

Ok itu sahaja.
Semoga memenuhi kehendak tag.
Dan dapat memahami saya dengan lebih dekat.

Bye!



Hang-out dengan kawan sangat besh! walaupun p kenduri ja =)  : nisya




Hot Spring Utara! Hot!


Assalamualaikum.

Straight to the point je la.
Nak buat ayat intro bagai, pening haku.
Semalam kami se-famili pergi jalan-jalan.
Tak jauh pun. Masih dalam Kedah.
Masuk dalam sikit la.
Jom p Baling, Kedah.
Orang sana sebut 'air'(water) itu sebagai air (udara dalam english)
Ok tu selingan.

Layan gambar jom. Cambesa ah!

Welcome To Hot Spring Baling Kedah!

Hot Spring ni dah lain sangat.
Dulu ada 2 kolam ja.
Sekarang 5 kolam ada, ikut level kehangatan lagi.
Level air suam-suam kuku untuk kanak-kanak.
Orang tua punya panas sikit.
Yang direct dari mata air panas pun ada. Yang tu dilarang mandi la. Melecur nanti.

Entrance

Mari bergedik depan camera!!





Sayang mereka

Sayang buncit aku

Mau bilang lagi berapa banyak aku sayang sama kamu berdua (indo tone pulek)

Ni kat kolam wanita, tempat ni tertutup sikit. Bogel pun xpe. Tembok dia tinggi. Terjamin selamat.

Dari dalam kolam wanita. Besh tapi kotoq sikit. Bleerrk.

Kau ingat ni kolam untuk kanak-kanak, yang air suam-suam kuku  tu, ni kolam orang tua tau. Salute kat adek kecik tu. Kecik macam tu pun leh buat muka heaven je masuk air panas, yang aku ni......

Celup-celup taik kaki je. Yeww.. Panas kot air orang tua ni. Hoott..Kolam panas level kanak-kanak ja aku tahan. Sungguh memalukan.

Ni la kolam yang panas yang xleh nak rendam-rendam kaki, mandi apatah lagi kan. Masak telur leh la kat sini. Orang selalu bawak telur mentah mai sini, pastu rendam dalam air ni, pastu leh makan fresh half-boiled eggs. Yummie. 

Ni lava dalam kolam tu, menurut abah la, aku tengok macam kulat ja. Hijau-hijau koko berlendir. Kat bawah ni laluan gunug berapi, sebab tu jadi kolam air panas semulajadi. Selalu orang suka mai malam-malam, sebab malam kan sejuk, rendam dalam air panas memang heaven la.Boleh bayang kan. Pastu bila malam, air panas ni akan naik, macam pasang surut pantai, malam-malam air naik sampai banjir laluan kolam air. Memang besh

Ok jom balik!

Oh! Nak masuk sini kena bayaq na
Dewasa -RM 4
Child - RM 2

Bye!

Hot Spring bagus untuk kesihatan jugak : nisya