Assalamualaikum
Malam ni rajin sikit.
Tapi xrajin lagi nak update pasal kenduri siang tadi yang p dengan kawan2 tercinta.
Nanti la story.
Una tag i.
Tq una !!
25 BENDA PASAL NISYA
1. Pink warna kegemaranku
2. Keluarga cintaku yang abadi.
3. Suka makan semua benda kecuali taugeh. Pahit. Auww..
4. Suka dan admire sangat-sangat dengan culture Jepun, selalu hormat, sopan dan beradab.
5. Mood cepat hilang bila ada benda yang menganggu jadual tidur dan makan. HEHE.
6. Cepat penat bila cakap banyak. Dan akan jadi pendiam secara tiba-tiba.
7. Seorang yang clumsy dan pelupa. Kadang-kadang hot story pun boleh lupa. So nak gosip jadi xbest sangat tapi boleh kurangkan dosa mengumpat secara tak langsung.
8. Perisa strawberry pilihan ku. Kalau una vanilla kan ? ;)
9. Suka sangat jadi makcik-makcik kat rumah, suka masak dan menjahit, mengemas kurang sikit.
10. Suka try resepi baru yang nampak grand dan sedap. HAHA. nak beli xmampu. buat sendiri je la.
11. Saya panas baran namun suka memendam. Mudah membenci orang tapi tidak tunjuk.
12. Saya suka gelak. Lawak bodoh pun bantai gelak sebab diri sendiri xpandai berjenaka jadi mampu menjadi penyumbang kepada memberi respon yang baik untuk semua jenis lawak.
13. Suka mendengar luahan hati orang tapi akan naik angin bila orang tersebut sambil lewa bila aku luah masalah kat dia. Not fair ok!.
14. Saya xsuka ambik kesah tentang sesetengah benda, yang besar atau yang kecik, buat serabut otak ja, baik buat bodoh ja.
15. Benci orang yang cakap xserupa bikin, complain banyak, last-last dia yang suka buat benda yang dia suka complain dulu.
16. Mudah menyayangi orang dan memberi harapan, contoh kawan.
17. Saya seorang yang kuat cemburu hehe.
18. Agak pantang dengan prinsip saya, bila perkara yang dah diatur tak dapat dilaksanakan atas sebab xmunasabah. Geram!
19. Suka menunggu daripada ditunggu.
20. Tak suka orang mungkir janji. Nak mungkir janji habaq awai-awai, boleh buat benda lain.
21. Boleh terima orang bergurau kasar tapi xboleh terima orang yang nak bergurau kasar tapi xleh terima alik gurauan kasar kita. Duk tarik muncung panjang2. Sepak satg!!
22. Pantang aku, orang lain yang xada talian darah dengan haku, nak complain itu ini pasal mama, abah dengan adek-adek aku! Pantang sungguh! Teruk macam mana pun depa, aku ja ada hak nak kata.
23. Sampai sekarang duk teringin nak makan macaron dengan takoyaki. Anyone boleh penuhi keinginan ku?
24. Saya ada penyakit mabuk darat, laut dan udara. cepat pening!
25. Chill saja setiap masa, hidup kat dunia sat ja, buat apa nak ambik serius banyak benda. Pape je la.
Ok itu sahaja.
Semoga memenuhi kehendak tag.
Dan dapat memahami saya dengan lebih dekat.
Bye!
Hang-out dengan kawan sangat besh! walaupun p kenduri ja =) : nisya
1 thinks ....:
thanks for noted my name :)
Post a Comment