Tercetusnya nak tulis entry ini
adalah kerana
SAYA SEORANG YANG PANAS BARAN
tapi secara diam dan memendam.
Faham tak macam mana? Err. Macam aku cepat naik angin contohnya macam orang duk tanya banyak kali dengan nada yang senada atau bertungkus-lumus membuat cream puff pastu dia jadik macam taik. Aku akan naik berang. Mungkin kat rumah aku boleh lepaskan amarah aku pada periuk, almari atau baju-baju. jarang melepaskan amarah pada orang kecuali adik aku. Sebab dia adalah faktor besar aku jadi kerap memanaskan baran.
WORST?
Memang. Kebanyakkan kawan-kawan aku kata 'nisya ni softie, jiwa lembut, penyabar, jiwa tenang...aman ja' Anda salah teeeetttt! Kerana saya bukan begitu sebenarnya. Namun saya berusaha untuk mengatasi sikap tersebut untuk kebaikkan semua orang. Allah marah manusia yang suka marah dan bermusuh. marah tu kan amalan dan kesukaan syaitan. Hem. Aku xnak kawan dengan syaitans.
JADI!
Here the tips! Sedikit sebanyak la yang aku pakai untuk calm down myself. Buruk muka aku dan buruk padahnya kalau 'si jiwa tenang' ni mengamuk. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Awas!
1. Dalam Islam, memang melarang sangat2 kita melayan perasaan marah, sebab marah tersebut boleh membawa banyak keburukan kepada diri sendiri. Allah murka. Oleh itu, telah diturunkan ayat-ayat suci untuk kita muhasabah balik diri kita. Aku biasanya akan sebut 'Astragfirullahhalazim' 3 kali atau banyak kali sampai tenang. Sambil tarik nafas dalam-dalam. Ingat Allah. Ingat Allah. Itu ayat paling pendek dan pantas untuk redakan kemarahan.
2. Ayat suci Al-Quran yang sedikit panjang yang boleh diamalkan adalah, Ayat Kursi, sedia maklum ayat Kursi ini mampu untuk menjauhkan kita daripada gangguan syaitan. Marah itu syaitan (again). Kemudian bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Ikhlas. InsyaAllah hati akan kembali tenang. =)
3. Jika kita rasa nak marah sangat-sangat dengan seseorang seperti boyfriend atau rakan atau adek-beradek. Bersabarlah. Pejam mata kemudian pikirkan perkara baik dan jasa yang mereka (orang yang kamu marah) buat untuk kamu. Lupakan perkara negatif tentang mereka. Sekurang-kurangnya mereka pernah melakukan sesuatu yang baik untuk kita. Ini tips kawan aku.
4. Jika kamu rasa teranaiya dan mahu membalas dendam. Ingatlah kita xdak hak nak hukum manusia sesama manusia. Itu adalah kehendak Allah. Perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikkan, begitu jugak sebaliknya. Biar orang nak kata kamu tu pengecut atau orang bodoh, orang buat jahat, kita diam. Biarkan. Orang yang cakap macam tu sebenarnya orang xcukup ilmu dan berganda-ganda lagi bodoh. Hidup kat dunia sementara ja, nak marah sampai bila.
5. Selalu pikirkan perkara yang boleh membuatkan kamu termotivasi untuk tenang semula. Contohnya seperti mengingat muka ibubapa, kenangan indah dengan keluarga atau pengalaman tidur terapung atas air sungai. Perkara yang mendamaikan la.
6. Mesti selalu ingat. Mungkin hari ini orang ni buat jahat, mana tau kemudian hari kita lak yang buat. Jangan berlagak baik dan pandai. Err. Faham x? Contoh macam orang tu janji nak keluar makan dengan kita, kita ni punya lapar, pastu call dia xjawab pulak. Memang marah. Tau-tau pulak dia bagitau kata dia tertidur dan meminta maaf. Rilex. Jangan marah sangat. Tegur dia xpa. Takut esok-esok, hari kita xbaik, pastu perkara yang sama jadi kat kita, kan malu sendiri tu, ko kena double triple maki-an dan amarah adalah. Pandai nasihat orang, diri sendiri pun sama.
7. Oh! Lagi satu, kalau rasa marah sampai mengigil-gigil, pastu masa tu tengah ada kat bilik dan hari dah malam, xboleh nak keluar g memana lepaskan stress. Kamu boleh masuk bilik air dan ambil wuduk, kat singki dapur pun boleh. Wuduk itu baguss.
8. Ada lagi...aku penah baca satu artikel ni, dia kata kalau xtahan sangat terhadap seseorang, boleh lepaskan tapi dalam hati, maki la apa pun terhadap orang tersebut diatas perbuatannya yang menyakitkan hati kita. Tapi!. DALAM HATI. ok. Kalau diluar hati pastu melalui mulut dan disampaikan kepada orang lain, itu dikira mengumpat. Hem. yang ni kadang-kadang aku boleh itu, kadang2 idak. Hee.
9. Oh! Kamu juga boleh sediakan satu buku atau ruangan blog untuk luahan perasaan. Luahkan pada benda-benda ini untuk elakkan sikap suka mengumpat.
10. Dan terakhir (saja nak bagi cukup 10) , buatlah hobi yang anda suka seperti menjirus tanaman atau merayau-rayau dari bilik ke bilik. Apa sahaja.
~TAMAT~
Jangan begini ya. Muka burok serupa setan.
Jadi seperti ini, senyum, walaupun terlindung dan berfikiran jauh.
__ Ingat ye, hidup ni sekali je, kalau nak jadi panas baran seumur hidup, rasa macam tak berbaloi pulak, kenapa nak cipta kenangan pahit kat dunia, cari lah sesuatu yang boleh buat anda tengok dunia dengan lebih luas. Banyak lagi benda yang kita tak tahu dalam dunia ni. Pergi terokai daripada ko marah orang pastu moody tak tentu hala. Kalau macam tu je sokmo, boleh aku katakan hidup kau tu memang BOSAN! Marah orang 24 jam, apa kau dapat.
Pesanan untuk diri sendiri jugak : nisya
5 thinks ....:
salam...new bloger...waa...bgs entry nie suke2...nice 2 meet u ya...
hooo..tq ye lensa =)
likeeeeee
sbb dyla pun cpt gila naik angin.
tapi dyla cepat marah cepat cool unless org tu buat salah yg bg dyla hurt gila gila. dyla akan berdendam. sighhhhhhh.
wawa slma ni sy tertipu upenyer..
sy egt awak lmah lmbut tp panas baran upernyer..
wawaw
dylaa : huhu serupa la kita, cuma nisya susah nak tunjuk. tapi dlm hati..Tuhan ja yg tau.
kak long mucuk : hahaha. org cakap awal2 lagi org bukan baik sgt. Haha.
Post a Comment