Buah Hati Seterusnya.

Assalamualaikum

Tajuk entry kelihatan macam aku bajet banyak buah hati la konon.
NO BEBEH.
Buah hati bukan setakat orang yang pandai berfikir dan berbicara
TAPI!

Benda/Haiwan pun boleh jadi buah hati kita
KERANA!
Benda/Haiwan pun ada sense or karisma sendiri yang buat kita terseenyyuumm kegilaan keseorangan.
Sungguh release the tension.

Sapa noo buah hati nisya tu??
Intai.intai.
Daaadddaaaaa!!!
Nama dia POPI. Sebab apa POPI. Sebab dia pink! Ok xdak kaitan abaikan.
POPI saannggaat buat aku relax. Dia xbergerak, xbercakap, gelak apatah lagi. 
Tapi sense tu dia tu..sungguh damai. Ok stop.

Banyak lagi buah hati aku, tapi POPI is the latest one. Esok2 nak bela ikan pulak.

Ok bye.

Lapar popia : nisya

Tag Ziera. JOM BERKENALAN

Assalamualaikum
Pembuka entry untuk sem baru.
Ya. Sem di baru di tahun baru dengan azam baru. Macam besa.

Baiklah.
Mari menjawab tag Ziera si comey nie.

Tag yang ziera bagi ni lebih kepada segmen yang direka oleh
Cikgu Akim.

SEGMEN JOM BERKENALAN



Syarat nak join

1- Buat entry bertajuk " JOM BERKENALAN"
2 - Letak banner dia dalam entry or sidebar.
3- Jawab soalan yang dia bagi.

Mari jawab soalan

1. Apakah status anda ?
Seorang pelajar ijazah sepenuh masa kat USM. Dalam hati ada kumbang.

2. Ceritakan tentang diri anda.
Khairun Nisha seorang yang pelik. Perangai berubah mengikut cuaca. Saya xkesah semua benda. Semua ok sahaja. Seorang yang jiwa kosong.Yang penting, orang di sampingku happy, diri tidak mengapa. Redhanya ayat.

3. Ceritakan tentang blog anda
Blog saya. tiada apa yang menarik, sangat biasa, mostly entry pasal kehidupan, pengalaman, perasaan, info ilmiah agak kurang la, nak santai mai blog saya, nak tambah pengetahuan sila ke blog lain. HEHE.

4. Apa pandangan anda tentang dunia blog.
Blog bagus. Sangat bagus xla. Sebab ada jugak kekurangan dia, macam lambat upload gambar, nak susun gambar susah, xdak layout cantik, bila edit sikit semua susunan blog jadi huru-hara, tapi kebaikkan dia, kita leh dapat banyak maklumat dan pandangan daripada orang lain, blog wat kita kenal seseorang dengan lebih rapat.

5. Nasihat kepada kawan yang baru nak buat blog.
Kawan-kawan. Blog ni bagus kalau kamu suka menulis dan bercerita. Kalau kamu malas macam si nisya ni, xpayah la, p update status kat fb je. Kamu juga kena banyaj sabar, sebab kalau xkesah blog besa2 aje xpa, kalau nak blog yang meriah O~la~la, kena rajin update, kena tabah duduk depan lappy berjam-jam. Ok dah.

6. Keunikkan pada blog anda.
Lihat pakai mata sendiri pabila memantau blogku, xdak pa yang menarik, unik apatah lagi, mungkin sedikit exotic. HEHE. just for fun. Tak dak pa yang unik la, tengok sendiri!

7. Sampai bilakah anda akan menulis blog dan apakah impian anda.
Sampai bila? I pon xtau, dulu dah nak berenti dah, Tapi blog masih kuat godaan nafsu dia kat aku, jadi teruskan. Sampai bila,Wallahualam. HEEE... Mungkin sampai aku lupa password nak login blog. Sampai tua la kot. Watever.

8.Tag 4 orang
Baiklah. Tahniah kepada sesiapa yang dipilih.

Siti  A'isyah
Fatin Nadzirah Tinkerbell
Ziera balik bleh HAHA.
Zila

Last sekali jangan lupa link entry ni kat cikgu akim kita. Kat atas aku  dah link kan. Tarikh tutp 3 Januari.

Cinta Pantai Merdeka.

Assalamualaikum

Pantai Merdeka membina titi,
Titi dibina untuk ke Tanjung Dawai
Bersantai dengan rakan sejati,
Ditemani juga adik haku yang sibuk.

Tu dia, berpeluh-peluh nak bina pantun, maaf le ayat last tu xmasuk dengan baris kedua, jenuh pikiaq perkataan apa lagi ada hujung 'wai'. Ok.Titik.

Al-kisah.........
Maka merancanglah si nisya bersama teman yang lain untuk ke Titi Ayun Yan (air terjun) yang di cadangkan oleh Cik Sue beberapa hari yang lepas. Cadangan ini mendapat sambutan hebat dari rakan yang lain, semuanya bersemangat untuk turun padang bersama-sama berpicnic, membakar ayam dan masak itu ini.

Malang tidak berbau.......

Semakin dekat dengan hari yang di rancang, semakin banyak halangan dan dugaan, seorang demi seorang rakan tidak dapat menyertai. Tidak mengapa. Kami bertiga, Nisah, Una, Zati dan aku masih teruskan rancangan walaupun xdak depa. Tetapi kami tukaq tempat p Pantai Merdeka. Uhuk2.

Malang berbau hujan.......

Kami bertolak pagi. Memang sungguh pagi la. Lepas Subuh, aku xtidur lagi, terus ke dapur,  mengayuh bihun dalam kuali berserta cekodok labu. Una dengan roti sardinnya. Namun dalam perjalanan ' tit..tit..tit'  bunyi titisan air dari langit atas cermin kereta. Oh air mata mau mengalir. Tetapi sampai saja kat Pantai Merdeka, bukan bunyi ' tit..tit..tit'  dah, tapi bunyi hujan lebat (hujan lebat bunyi mcm mana?) Lagi deras air mata kami berlari. 

Namun...........

Tidak mengapa, walaupun abang bot spoilkan mood kami, kami tetap enjoy sepanjang hari. Wahahaha.
Besst!!!

Tamat cerita yang xberapa sedih ni. Jom bergambar!

Mari nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka

Boat dan laut. Indah sungguh

 Ok. Habis intro.

Ni masa hujan. Lebat. Hati kecewa. Lalu makan di gerai depan pantai. Jadi la.

Dua adek haku yang gumbira nak mandi. Dah siap pakai baju mandi. Akhirnya xmandi. 

 Tukang masak sandwich sardin. Sodap mak.

 Say 'O' . Oreo.


Iklan berbayar. Bagaimana nak halau kucing dengan muka cun dan tangan lentik. HAHA.


Wokeh. Mai nak bot mai. Kita p Tanjung Dawai. 

Kesian adek aku. Angah kena marah dengan pakcik bot. Malas cita. Terasa aibkan dia pulak.
Garang woo! 

Layan ja~ Cool heh angah~

Tengok. Kawan i pun relax je.

Tanjung Dawai



Jeti Tanjung Dawai. Bot ke sana.

Naik bot balik Pantai Merdeka pulak

Main nyorok-nyorok kat jeti xsiap.



Jeti xsiap ini sungguh cool.

Gendut dan merah

Benda besa la kan kalau p pantai.







Balik!

Banyak gambar. Xlarat nak reka caption dah. Reka sendiri la ye.
Oh naik bot, pergi balik rm 4 ja seorang. Murah no..

Bye-bye

Seminggu lagi kat umah : nisya

Pink Shirt and A Box Of Chocolate

Assalamualaikum




Thank you dear~~

Love : nisya

Apa Nak Mebebel Malam Ni Ye?

Assalamualaikum

Selamat Malam.
Rasa nak buat satu entry malam ni.
Tapi nak bebel pasal apa hah?
Pasaaaall...
Kenapa aku suka pink?  
......................
Bosan la.

Pasaaallll
Benda remeh yang sebenarnya ada banyak pengaruh.
Agak abstrak. Tapi mari kita rungkai.

Benda remeh. Bagi aku benda remeh tu macam memberi pujian, senyum, ucap salam dll. Benda kecik je. Simple. Tapi benda remeh macam ni, dah jadi adat or amalan dalam masyarakat kita. Kalau xbuat xdak masalah cuma sedikit mempengaruhi respon orang lain la. And Hello, mesti la hang terkejut kan bila orang masuk bilik kita, xbagi salam, at least ketuk dulu pliss. Hormat. Tak buat xpe, tapi xmanis la, dan buat orang tu rasa hilang hormat kat hang. 

 gambar zaman bergetah

Bagi aku benda remeh la yang pengaruh perkara besaQ. Aku rasa sangat xmasuk la dengan orang yang tak boleh bagi respon bila kita bercakap. Hello! kalau suara aku slow, cakap la "haa!! Apa! cakap kuat sikit!"
Ok fine. Aku kuatkan sedaya yang bleh. Jangan buat bodoh je. Sebab aku akan simpulkan yang hang xberminat nak dengan cerita aku, sekaligus merundumkan self-esteem aku sebab aku rasa macam " Bosannya cita aku ni" or "Aku bukan penyampai cerita yang best, even hot story pun, orang leh tido dengar aku cita" . Hem lebih kurang macam tu la. Cerewet ke aku ni ha? Hello, hello lagi, gedik!  Bukan aku mintak respon yang melampau, cuma anggukan atau sedikit bunyi "ooohh" atau "aaaaa" dah tunjukkan hang mendengar apa yang aku cita. Sangat menghargai.

Benda remeh apa lagi ye? , emm macam bagi pujian, salah ke puji kawan, ka hang jeles tengok kawan hang dapat lebih. Puji la kalau ada benda yang boleh dipuji, jangan senyap then orang lain yang puji, itu ego namanya. Pujian tu dapat eratkan lagi hubungan tau. Pujian jugak macam satu sokongan untuk kawan kita. Ni asyik nak complain macam-macam pasal dia ja. Lagi down la kawan tu. Go on, puji je, ok fine, ada orang kata pujian buat orang riak. Terserah le pada individu, pandai control, xriak la. Derrr..

Agak panjang la jugak aku nak membebel lagi, yakin jugak aku kalau xramai or xdak yang akan membaca, sebab aku pun macam tu, hehe, xpa la, jadikan entry ni macam diari, esok tua leh baca, oh dahagakan respon dan pujian rupanya aku dulu. HAHA. Tak la, aku cakap contoh benda remeh yang banyak pengaruh je. Ok fullstop here. Nite!

Kurang 10 hari nak masuk sem baru : nisya