Assalamualaikum. Meet my mother. Puan Zuhaida bt Abd Rahman. Mak aku ok. Mama.
Apa yang aku nak cerita untuk entry kali ini ada kaitan dengan minggu exam yang dibenci oleh semua orang kecuali golongan pintar bestari. Mama adalah insan yang sangat prihatin dalam pelbagai bab masa anak-anak dia ambil periksa. Macam makanan, pakaian, ibadah, stady (of course) dan banyak lagi. Sangat caring namun agak cerewet hehe. But i love u mama. ="). Ok mari aku senaraikan pantang larangan ciptaan wanita kesayangan ku ni.
- Mama sangat anti dengan ajinomoto. Memang dia pantang setiap masakan dia orang komplain suruh masuk pak aji tu. Tak ori katanya. Mama jugak bilang masakan dengan aji boleh buat otak bengong kalau kerap ambil. So dia xmau anak-anak dia berotak bengong. Mama selalu akan pegi jadi ketua chef bila kami dduk kat kampung sebab neneak suka taruk aji. Mama xsuka. HEHE.
- Mama juga sangat anti dengan makanan ringan. Macam kopok suma tu la. Yang aji-nya lagi banyak dong. HAHA. Tak berkhasiat katanya. Mama akan bebel satu hari kalau dapat tau kami curik-curik beli jajan. hem.
- Bila exam mai, mama dan abah akan pastikan ada bekalan kismis se-tong dekat rumah. Supaya bila anak dia rasa benak sikit masa mentelaah, anak dia boleh telan banyak kismis pastu jadi baguss.HEE. Kismis tu selalunya akan didoakan dulu sebelum kami makan dan dipesan selawat 7-kali baru makan.
- Dari segi kerohanian pulak, mama dan abah selalu pesan suruh kami amalkan baca Yasin setiap kali abis sembahyang Magrib. Dan pesan banyak berdoa sebelum nak stady, sebelum masuk dewan exam, sebelum bukak kertas exam, sebelum mula nak tulis jawapan, semasa nak semak jawapan dan sebelum nak hantar jawapan.Banyakk sekali.
- Selalunya, tyme nak exam kami anak-beranak akan berkumpul untuk bersembahyang jemaah dan membaca Yasin bersama lalu menghembuskan pada air tong besar dengan peralatan menulis untuk digunakan semasa exam. Huhu.
- Kalau salah seorang ada exam minggu tu, contohnya adik aku, mama akan pastikan seisi keluarga dalam rumah tu senyap dan jangan buat bising semasa adik aku tengah stady. HAA. Kami xboleh buat bising bimbang akan ganggu adik stady. So kalo tyme tu adik aku tengah ada mood nak stady kat ruang tamu. Maknanya, seisi keluarga la kena puasa xboleh tengok tv. Sadiss..
- Mama juga pesan, kalau nak masuk dewan kena masuk kaki kanan dulu berkat diikuti dengan bacaan doa. Kalau nak keluar rumah untuk ambik exam jugak kena baca doa dan melangkah ikut kaki kanan.
- Banyak jugak pantang mama bila kami ambil exam, macam jangan melawan cakap mama abah, jangan gaduh dengan adik-beradik, jangan minum kopi dan teh, jangan makan asam, jangan wat itu dan kena wat ini. Banyakk....
Tapi walaupun banyak dan kira aku agak tension jugak bila peraturan ni ada di rumah, aku tetap amalkan kat sini. Sebab tu lah pesanan mama abah yang berguna. Bila dah masuk umur 21 tahun ni, baru kita dapat tengok mana baik dan buruk. Mama abah tenkiu sooo much. Aku betul-betul rindu caring mama abah tyme2 exam nie. Teringat rumah. Bila dah duduk jauh. Sendiri kena urus dan ambil tahu. Mama dengan abah boleh nasihat dalam fon jer. Huuu..rindunya waktu itu. Tengah-tengah stady, mama duduk tepi hulur air Yasin dengan kismis. Mama Abah, I Miss U='(
Extra Notes : Mama anti junk food tapi fast food ok jer. Fevret dia mashed potato Radix Fried Chicken (RFC) =)
i miss u parents : nisya
4 thinks ....:
nisya sepet,,,fasfud pn byk MSG jgk tau,,,
hahaha. tu la psl. xtau la mama tu. tapi fast food xmkn hari2..=)
gila kentang. ahhaha ada masa plak hg taip semua pntg larang mama ahaha
hahaha. rindu la weih...
mama duk bebel sana sini..huhu..
jangan duk bgi mama ng abah baca la..
malu aku.
Post a Comment