Cream Puff Menjadi! Aku Happy!

Banzai! Banzai!
Cream Puff Banzai!
Cream Puff ku kali ni menjadi la kawan-kawan!

Memula dulu,
Lepas 3 kali buat cream puff,
Ambik resepi sana-sini,
Dan ketiga-tiga cubaan x menjadi,
memang PUTUS ASA!
Xmau cuba lagi.

Tapi, betol kata orang, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Cari jalan tu sampai berjaya.

Pasti happy. Macam aku sekarang. Aku sangat obses nak buat cream puff sebab sangat terpengaruh dengan cerita Jepun ni. Absolute Boyfriend. Cream puff dia memang bisa meliurkan aku. Jadi aku try buat sendiri sampai 3 kali, xjadi. Kali keempat yang buat aku tergerak hati nak cuba sekali lagi adalah pengaruh dari video Youtube ini.
Sangat simple dan menjadi.

Sebelum di bakar

Selepas keluar ketuhar

Siap dihidang!

Melalui video ni, baru aku perasaan kesalahan yang aku buat sebelum ni.
Seperti

1. Kalau xdak electric mixer dan kena pakai tenaga sendiri untuk memukul adunan, mesti adun dengan lama untuk memastikan adunan boleh kembang bila dibakar.

2. Sapu telur kat atas adunan yang siap di-acuan-kan, untuk tolong adunan tu cepat masak.

3. Bakar 30 minit (biasanya 15minit je) untuk orang seperti aku yang pakai oven dah berumur 10 tahun ke atas. Dah semput la.

Itu sahaja. Tamat.

Gumbira cream puff menjadi dan dipuji sedap. Banzai! : nisya


Tips Mengatasi Sikap Panas Baran

Tercetusnya nak tulis entry ini
adalah kerana
SAYA SEORANG YANG PANAS BARAN
tapi secara diam dan memendam.

Faham tak macam mana? Err. Macam aku cepat naik angin contohnya macam orang duk tanya banyak kali dengan nada yang senada atau bertungkus-lumus membuat cream puff pastu dia jadik macam taik. Aku akan naik berang. Mungkin kat rumah aku boleh lepaskan amarah aku pada periuk, almari atau baju-baju. jarang melepaskan amarah pada orang kecuali adik aku. Sebab dia adalah faktor besar aku jadi kerap memanaskan baran.

WORST?
Memang. Kebanyakkan kawan-kawan aku kata 'nisya ni softie, jiwa lembut, penyabar, jiwa tenang...aman ja' Anda salah teeeetttt! Kerana saya bukan begitu sebenarnya. Namun saya berusaha untuk mengatasi sikap tersebut untuk kebaikkan semua orang. Allah marah manusia yang suka marah dan bermusuh. marah tu kan amalan dan kesukaan syaitan. Hem. Aku xnak kawan dengan syaitans.

JADI!
Here the tips! Sedikit sebanyak la yang aku pakai untuk calm down myself. Buruk muka aku dan buruk padahnya kalau 'si jiwa tenang' ni mengamuk.  Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Awas!

1. Dalam Islam, memang melarang sangat2 kita melayan perasaan marah, sebab marah tersebut boleh membawa banyak keburukan kepada diri sendiri.  Allah murka.  Oleh itu, telah diturunkan ayat-ayat suci untuk kita muhasabah balik diri kita.  Aku biasanya akan sebut 'Astragfirullahhalazim' 3 kali atau banyak kali sampai tenang. Sambil tarik nafas dalam-dalam. Ingat Allah. Ingat Allah. Itu ayat paling pendek dan pantas untuk redakan kemarahan.
2. Ayat suci Al-Quran yang sedikit panjang yang boleh diamalkan adalah, Ayat Kursi, sedia maklum ayat Kursi ini mampu untuk menjauhkan kita daripada gangguan syaitan. Marah itu syaitan (again). Kemudian bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Ikhlas. InsyaAllah hati akan kembali tenang. =) 
3. Jika kita rasa nak marah sangat-sangat dengan seseorang seperti boyfriend atau rakan atau adek-beradek. Bersabarlah. Pejam mata kemudian pikirkan perkara baik dan jasa yang mereka (orang yang kamu marah) buat untuk kamu. Lupakan perkara negatif tentang mereka.  Sekurang-kurangnya mereka pernah melakukan sesuatu yang baik untuk kita. Ini tips kawan aku.
4. Jika kamu rasa teranaiya dan mahu membalas dendam. Ingatlah kita xdak hak nak hukum manusia sesama manusia. Itu adalah kehendak Allah. Perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikkan, begitu jugak sebaliknya. Biar orang nak kata kamu tu pengecut atau orang bodoh, orang buat jahat, kita diam. Biarkan. Orang yang cakap macam tu sebenarnya orang xcukup ilmu dan berganda-ganda lagi bodoh. Hidup kat dunia sementara ja, nak marah sampai bila.
5. Selalu pikirkan perkara yang boleh membuatkan kamu termotivasi untuk tenang semula.  Contohnya seperti mengingat muka ibubapa, kenangan indah dengan keluarga atau pengalaman tidur terapung atas air sungai. Perkara yang mendamaikan la.
6. Mesti selalu ingat.  Mungkin hari ini orang ni buat jahat, mana tau kemudian hari kita lak yang buat.  Jangan berlagak baik dan pandai. Err. Faham x? Contoh macam orang tu janji nak keluar makan dengan kita, kita ni punya lapar, pastu call dia xjawab pulak. Memang marah. Tau-tau pulak dia bagitau kata dia tertidur dan meminta maaf. Rilex. Jangan marah sangat. Tegur dia xpa.   Takut esok-esok, hari kita xbaik, pastu perkara yang sama jadi kat kita, kan malu sendiri tu, ko kena double triple maki-an dan amarah adalah. Pandai nasihat orang, diri sendiri pun sama.
7. Oh! Lagi satu, kalau rasa marah sampai mengigil-gigil, pastu masa tu tengah ada kat bilik dan hari dah malam, xboleh nak keluar g memana lepaskan stress. Kamu boleh masuk bilik air dan ambil wuduk, kat singki dapur pun boleh. Wuduk itu baguss.  
8. Ada lagi...aku penah baca satu artikel ni, dia kata kalau xtahan sangat terhadap seseorang, boleh lepaskan tapi dalam hati, maki la apa pun terhadap orang tersebut diatas perbuatannya yang menyakitkan hati kita. Tapi!. DALAM HATI. ok. Kalau diluar hati pastu melalui mulut dan disampaikan  kepada orang lain, itu dikira mengumpat. Hem. yang ni kadang-kadang aku boleh itu, kadang2 idak. Hee.
9. Oh! Kamu juga boleh sediakan satu buku atau ruangan blog untuk luahan perasaan. Luahkan pada benda-benda ini untuk elakkan sikap suka mengumpat.
10. Dan terakhir (saja nak bagi cukup 10) ,  buatlah hobi yang anda suka seperti menjirus tanaman atau merayau-rayau dari bilik ke bilik. Apa sahaja.
~TAMAT~

Jangan begini ya. Muka burok serupa setan.

Jadi seperti ini, senyum, walaupun terlindung dan berfikiran jauh.

__ Ingat ye, hidup ni sekali je, kalau nak jadi panas baran seumur hidup, rasa macam tak berbaloi pulak, kenapa nak cipta kenangan pahit kat dunia, cari lah sesuatu yang boleh buat anda tengok dunia dengan lebih luas.  Banyak lagi benda yang kita tak tahu dalam dunia ni.  Pergi terokai daripada ko marah orang pastu moody tak tentu hala. Kalau macam tu je sokmo, boleh aku katakan hidup kau tu memang BOSAN! Marah orang 24 jam, apa kau dapat. 

Pesanan untuk diri sendiri jugak : nisya 

Musim Bola. Cakap pasal Bola. Semua bola

Huh.
Aku xsuka bola pon.
Aku perasan sekarang tengah musim bola pon 
sebab

Barang alat tulis kat koperasi majoriti semua bola.bola.bola
Bulat. Bulat. Bulat.

Budak-budak memang ngah gila benda ni.

Tengok. Pemadam pun bola jugak.

Lagi.

Ada lagi sebenar nye, pemadam yg ada simbol bola ada banyak lagi, pen pun ada bola.

Tapi yang seronok dan lucunya budak-budak sekolah rendah ni la.
Tyme barang-barang ni baru keluar, memang berebut-rebut mereka orang ni nak beli.

Ada sorang budak ni.
Nak beli keychain jersi Netherlands...
Masuk-masuk kedai terus jerit.
"Abang!! (tokey aku) nak jersi Netzilen. 
Hehehe geli hati dengar.

Lagi sorang ni.
Lucu gak.
"Akak! Jersi Kedah ada tak?"
"Adek, yang ni team FIFA je la"
Heehehe.

Tu je la nak cakap pasal bola. Macam2 kerenah.

Tak penah g tengok match FIFA : nisya


Saya Mintak Tag Dari Izzah dengan xmalu lagi.

Seperti biasa.
kalau aku bosan aku akan....
apa kawan-kawan?!!

YA.
Ambik tag orang. Ambik award lagi.

Tag nye.

Kenapa anda suka berblogging?

Hem. Blogging sekarang menjadi salah satu tempat untuk aku membuat amukan, membuat luahan hati dan lain-lain.  Dulu xsuka kot. Rasa bila menaip entry tu macam menulis karangan kanak-kanak pasal arnab dengan kura-kura.  Sekarang better sikit kot! =p.Anyway blogging ni dah banyak tolong aku mengenali diri sendiri dan menghargai apa yang aku lalui. Secara xlangsung, blog nisyasepet ni boleh jadi satu diari kehidupan lampau aku. Kan? Kan?

Adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang?

Di rumah? Pasti la. Rumah ku. Sungai Petani. Kebahagian aku dengan keluarga, yang tersayang dan kawan yang seronok. Di Universiti, kadang-kadang pasti, kadang-kadang tidak. Sebab kebahagian salah satunya adalah kebebasan untuk diri sendiri menuntut hak individu. Tak perlu kongkongan dari sesiapa. Sendiri sudah besar, sendiri boleh fikir. Bila rasa terkongkong, kebebasan terbatas. Kebahagian pun hilang. Kesakitan hatian yang datang. Really hate this!

Apakah impian anda 5 tahun akan datang?

Kalau dikira ikut fantasi dan angan-angan aku, lagi 5 tahun insyaAllah aku akan menjadi seorang guru Pendidikan Khas.  Dan insyaAllah dalam 5 tahun ni, aku mungkin dah bergelar isteri, ibu mungkin.  Dengan siapa, biar Allah tentukan. Walaupun sekarang bersama 'dia' tapi macam-macam boleh jadi masa depan ni.  Kita merancang, Allah tahu yang mana yang terbaik untuk kita.  Buat masa ni, aku yakin dengan Muhamad Nur =)

Siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada di sisi?

Tanya lagi? Mestilah keluarga aku, mereka segala-galanya.
Kemudian, Muhamad Nur.

Sila bagi award ini kepada 5 orang yang anda suka

1. Untuk org yang tengah bosan
2. Untuk org yang xdak idea nak tulis entry apa.
3. Untuk orang yang suka tag
4. Untuk orang yang nak mengisi masa
5. Untuk orang yang tengah bosan lagi. Macam aku.

ayat menjawab tag mengandungi pengaruh emo secara terkawal : nisya

Jadi Makcik Koperasi Sekolah Best la Kawan-Kawan.

Hi Kawan-kawan!
Kemarin saya dapat tawaran kerja mengejut dari cikgu sekolah.
Untuk jadi pembantu koperasi.
Terus setuju tanpa banyak soalan.

Dan 
Hari ini.
Ternyata hari yang menyeronokkan!

Kedai Ko-Op SKSP

Pekerja anda hari ini.

Aku kerja untuk 2 sesi (pagi & petang). Macam-macam perangai la aku tengok bebudak ni,
Hem. Contoh. (aku xsuka sesi pagi, sbb mereka darjah 4,5,6 dan rase mcm senior habis dan buat samseng dan suka bersikap biadap dengan tokey aku. Hish!)

Budak ini
 Bak kata Hanis Zalikha - bdak pipi labuh. Tapi ini pipi kembang, xlabuh sangat.

 Budak ini perangai memang pelik (dia anak jiran aku dulu)
Sangat suka sistem barter.

PK (pipi kembang) : Akak nak beli pensel lima kupang.
Aku : Nah 
(PK bagi duit , pastu tertenggek lagi kat kedai, tengok2 nak beli apa)
PK : Akak, xmau la pensel ni. Nak duit balik!
Aku : (Apa? ada jugek sistem gini, Ish. Ish.aku rilek lagi) Nah duit balik.
PK : (masih tercongok kat dalam kedai, tengok sana sini)
PK : Akak nak buku Upin Ipin tu. Brapa?
Aku : RM 1.50
PK : Nah duit.
Aku : Bagus. dah jangan main tukar-tukar lagi. P masuk kelas!
(PK mengeleng, duk tengok2 barang lagi)

*Pastu sorang budak lain mai nak beli plaster dua keping = dua kupang, PK tengok budak tu beli plaster. 
PK : AKAK!! XMAU LA BUKU NI, NAK PLASTER 2!
Aku : Haihhh main-main no hang, yang ni last! jangan duk tukaQ-tukaQ dah. Penat aku!
PK angguk, pastu blah.

Buang masa aku tol!


Nah. Gambar sisi tepi pulak. Full House.


Budak-budak ini pulak

Suka buli tokey aku (Abang Mat).
Abang jenis yang soft dan senyap sikit.
Budak2 ni suka la buli dia.
Geram tol aku tengok. aku jerkah sorang budak ni sbb dia koyakkan pembalut hadiah. Tetiba ja. Gila.


 Satu geng budak darjah 6 masuk ke kedai buku.
Bawak duit RM 50, nak beli benda kecik ja, pensel ke pemadam ntah.
SATU GENG DENGAN DUIT RM50. oke.
Lepas dah beli, dapat duit kecik, dorang bahagi-bahagi duit lebih tu sorang satu.
Wondering jugak kan?


Banyak lagi la. Pening tol. Tambah pening dengan budak sesi pagi. Memang biadap. Baik pompuan atau laki.
Suka buli boss aku. Hish! Tapi sesi petang, hehe aku suka. Comey dan cakap bebaik. Itu ok.
Tapi kalau stress pun, aku jadik calm alik kalau aku p tengok budak ni.
Love u Yanie. Tomey.

Dah. Nak tido. Kerja esok. Aku suka! =)



Ini entry semalam : nisya


RM 25 Ternyata Berbaloi! P The Carnival la weih!

Seronok! Seronok! SERONOOKK!!!
Huh. Memang xdapat nak gambar dengan kata-kata.
Keseronokkan yang jelas terasa sedapnya.

Rekemen la kat kauorang.
Pergi ke The Carnival Sungai Petani.
Orang Sungai Petani xp memang rugi ler.

BESH!
KAMI -> Nisya, Adek Nisya, Husna, Anis dan Tirah
Tirah jadi photograpy kami ye hari ini.
A BIG CLAP FOR U BABE!
 (credit gambar dri una,tirah & anis)
 4 Jam Hitam , 1 Jam Kuning. Teka jam kuning tu sapa punya?

Seronok. Donut and Double Donut.

Penat kayuh la. Penat Menyelam. Penat ajaQ adek naik pelampong. Penat ajaQ una berenang HAHA.
Ah! ini masih xchallenging!

 Ini baru mencabar keberanian. Gelongsor Maut.  1st kami naik Super Duper Gelongsor Maut.

Peserta pertama : Aku dan Adek.
Komen : Rasa nak mati wa kata lu, nak tercampak masuk Cinta Sayang pun ada. Nak tebalik pon ada.
Naik sekali dan xnak lagi. Seyes.

Peserta kedua : Una dan Anis.
Komen : Una - aku xmau duk depan lagi! Takoot. Anis- Err. dah smpai bawah ka? Sory xperasan, i tidor je ats pelampung tadi. HAHA.

Cabaran kedua : Gelongsor Medium Maut
Komen empat-empat peserta : Ok la. Not bad. Nak sekali, nak dua kali naik lagi. Abg security tu xtolak laju sangat la. Tak mencabar la bang. IsH. IsH.

Mandi air bersih lak. Shower dia besaQ punya!

Aish! xpuas ag ni! Ada lagi baki kredit tiket masuk RM 19.90 lagi. Adventures with the donuts lagi!

Ok. P tempat kanak-kanak pulok! Kakak-kakak kanak-kanak pun boleh join jugek.


P spa pulok. Bubble bel bel bel spa. Syiok!
 Dah. Tamat sesi mandi manda. Kita ber-gambar gambir pulok. Dengan baju kering.



Sukakaka gambar ini.

Ok balik. Nak datang lagi. Paw abah jom!? (Angah hang kena cooperate ng aku!)

TAMAT
Sebuah pengembaraan yang menyeronokkan!
Dengan Kawan yang menyeronokkan! (walaupun ada yg xdpt join. Rindu kamu suma)
Dengan kamera-kamera yang menyeronokkan!
Dengan jurufoto yg sangat sporting!
Dengan Adek yang xreti nek pelampong. Menyakitkkan hati dan tangan aku!
TQ! SILA MAI LAGI!

Tengah lenguh kaki & tangan sekarang : nisya

Become A Super Nanny is Super Penat!

Halo nanny nisha
Welcome to Taska Anjung Peyayang!
Hari 2 orang budak ja mai.
2 orang SAHAJA.
Tapi penat nk gila.
Haish. Haish. Haish.

Permulaan di pagi hari yang meng-excited-kan aku.


Hi. I'm Dany! I am a boy.
Hi! Im Yani! I am a girl.

Kami berdua sahaja yang berkuasa menunggang terbalikkan pengasuh2 kami termasuk pengasuh baru HAHA.

 Main dengan depa, bagi mereka susu dan bagi depa tidur adalah satu kepuasan utk aku. Tapi puas penat jugak la.

Nah. Akhirnya pengasuh baru pun tidur sekali. Terok daa. 

Bye. Pengalaman yang syiok Oooo..I love baby. I kureng love kucing.

Aku tolong angah je bukan kerja betoi pon : nisya

Saya Nak Cerita Pasal Makanan Jugak!

Haha.
Minah sibuk dan xdak keja.
Memang begini. Org cerita dia pon nak cerita.
Pasal Makanan.
Sebab i am an eater monster! Grrr.

Makanan ini tidak begitu meliurkan anda mungkin
TAPI!
Ia menghairahkan saya setiap hari (nisya makin lucah makin hari)

Saya bukan apa kawan-kawan. Rumah ni betol2 macam syurga, pagi tengah hari, petang, malam, tengah malam mesti ada makanan punya, xberenti-renti mampatkan perot aku. Jadi sebelum aku balik tempat atas bukit yang ada bangunan tinggi2 pastu ada tempat nak makan tapi mahal gila sebab sosej yang harga lima kupang sebiji tu dia kira 3biji RM 3. Pheewww. Marah betol aku. Dah la pakai KALKULATORI untuk mengira harga makanan! dah tu camni lagi, dah kalau dia dalam kategori org pintar cerdiks. kan? HUH. tinggalkan yg itu. Kembali ke syurga.......AKU!

Tang..tang..tang..taaaddaaaaa....
Dimulakan dgn makanan yg sederhana tetapi mewah dgn rasanya.
Ubi Kayu cicah Gula + Air Teh Tarik Mama Terbaik Punyee!

Next!
Kita ke Thailand. Tipu ja. Ke restoran Thai kat CS ja. Er ni Bihun Tomyam kot.

Third one!
Kita terbang ke USA lak.(tipu lagi). RFC (Radix FC) kat Lagenda Heights je. Yummie!



Masih di USA ke kwn2.Mcm biasa. Sapa caya memang hebat. Ini kat RASAMAS Sunway Carnival.


Terbangg lagi!
Ke Mexico! Yibaaa! Spaghetti Traditional Homemade. Atau dalam erti kata yg lebih sedap Nisyamade! HAHA

Mexico lagi! Kali ini dekat RADIX PIZZA HOUSE. Lagenda Heights lagi.

Oh masih men-yibba-yibababa. Ini di Pizza Hut! Queensbay. Mr lava campur Sisters seafood. Memang UMPH! 

Ok! Tak nak Mexico lagi. Nak g Japan pulok. Carlifornia Roll (Sushi gak kot) kat Tesco USM. HAHA.

OK. Balik Malaysia. Kita makan Kek pulok!

Err. Kurang clear tapi rase dia memang  tak kurang manis. SEDAP. kek besday i la u =p

Kek besday I jugok! Mama n abah bagi! Sedap gilok!

Ini besday student khas aku punye. Merah sangat auww.

*
*
Err. Yang ni bantal cake. Tak boleh dimakan. Peluk OK. Kawan munye.

Ok. Sekian. Destinasi bajet anda hari ini.
Tamaat~~
Apa? Huwaaaaaaaaaa...
Ada orang kata aku tiru Hamis Jalikha.
Tak patot. Aku nak cerita jugak! 

Aku x kethah! : nisya