Saya Mintak Tag Dari Izzah dengan xmalu lagi.

Seperti biasa.
kalau aku bosan aku akan....
apa kawan-kawan?!!

YA.
Ambik tag orang. Ambik award lagi.

Tag nye.

Kenapa anda suka berblogging?

Hem. Blogging sekarang menjadi salah satu tempat untuk aku membuat amukan, membuat luahan hati dan lain-lain.  Dulu xsuka kot. Rasa bila menaip entry tu macam menulis karangan kanak-kanak pasal arnab dengan kura-kura.  Sekarang better sikit kot! =p.Anyway blogging ni dah banyak tolong aku mengenali diri sendiri dan menghargai apa yang aku lalui. Secara xlangsung, blog nisyasepet ni boleh jadi satu diari kehidupan lampau aku. Kan? Kan?

Adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang?

Di rumah? Pasti la. Rumah ku. Sungai Petani. Kebahagian aku dengan keluarga, yang tersayang dan kawan yang seronok. Di Universiti, kadang-kadang pasti, kadang-kadang tidak. Sebab kebahagian salah satunya adalah kebebasan untuk diri sendiri menuntut hak individu. Tak perlu kongkongan dari sesiapa. Sendiri sudah besar, sendiri boleh fikir. Bila rasa terkongkong, kebebasan terbatas. Kebahagian pun hilang. Kesakitan hatian yang datang. Really hate this!

Apakah impian anda 5 tahun akan datang?

Kalau dikira ikut fantasi dan angan-angan aku, lagi 5 tahun insyaAllah aku akan menjadi seorang guru Pendidikan Khas.  Dan insyaAllah dalam 5 tahun ni, aku mungkin dah bergelar isteri, ibu mungkin.  Dengan siapa, biar Allah tentukan. Walaupun sekarang bersama 'dia' tapi macam-macam boleh jadi masa depan ni.  Kita merancang, Allah tahu yang mana yang terbaik untuk kita.  Buat masa ni, aku yakin dengan Muhamad Nur =)

Siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada di sisi?

Tanya lagi? Mestilah keluarga aku, mereka segala-galanya.
Kemudian, Muhamad Nur.

Sila bagi award ini kepada 5 orang yang anda suka

1. Untuk org yang tengah bosan
2. Untuk org yang xdak idea nak tulis entry apa.
3. Untuk orang yang suka tag
4. Untuk orang yang nak mengisi masa
5. Untuk orang yang tengah bosan lagi. Macam aku.

ayat menjawab tag mengandungi pengaruh emo secara terkawal : nisya

0 thinks ....: